Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, May 09, 2010

Kemaskini PRK Sibu: Gambar-Gambar Sekitar Hari Penamaan Calon

Reactions: 
Hari pertama aku dekat Sibu. bangun jam 6:15 pagi, mandi lepas tu solat... langsir bilik hotel aku tutup rapat konon nak ambik mood "perjumpaan dalam gelap". dekat sini aku solat subuh macam biasa, lebih kurang jam 6:30 pagi. lepas solat subuh, aku tarik langsir - Laaaaaa...!!! matahari dok atas dahi dah..!

Hahaha... lupa beb... waktu subuh dekat sini tak sama, nak dengar suara azan agak-agak payah jugak dekat sini sebab Masjid jauh sangat dari lokasi hotel aku.

Turun restoran dekat bawah hotel, pekena air cincau. pukul 7:00 pagi bas dah yang DAP sewa untuk pelancong politik dah terpacul depan hotel, hotel cikai je beb... RM35 hengget 1 malam, entah sape entah sponsor aku pun tak tau. janji aku dapat jijak Sibu.
Geng-geng Pimpinan DAP ni pun sempoi jugak aku tengok. hotel tempat aku lepak tu bersekali dengan penempatan MP-MP dan ADUN-ADUN DAP yang berkempen dekat Sibu. MP-MP dengan ADUN-ADUN UMNgOk/Beer eNd aka APCO nak ke duduk dekat hotel RM35 hengget 1 malam..? nonsense...

Naik bas, terus drebar bas bawak pergi dekat Center, aku pun tak tau dekat "apa nama" tempat, dekat sana dah ramai dah Pimpinan Pakatan Rakyat sampai. Tan Sri Khalid, Azmin Ali, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, DS Wan Azizah, Cikgu Wan Rahim, Dato' Hassan Ali, Khalid Samad, Salahuddin Ayub dan ramai lagi. tak larat nak sebut 1-1...
Dari Center, terus berarak ke Pusat Penamaan Calon, jumlah penyokong -+x/ tak sampai 1,000 orang aku rasa, tu pun belum tolak delegasi dari Semenanjung. kalau tolak mungkin dapat jijak 200 orang... hahaha... suasana dekat sini tak sama dekat Semenanjung.

Kalau dekat Semenanjung Malaysia, hari penamaan calon disambut macam pesta. gerai jualan bersepah-sepah, masing-masing sibuk cari duit. dekat sini tak sama. aku ingat Pasar Malam pun lagi meriah.
Macam biasa, sampai Pusat Penamaan Calon, geng Helmet Merah dah siap siaga. pemandangan biasa. penyokong Beer eNd dengan penyokong Pakatan Rakyat terpisah agak jauh. jadi sessi sorak-sorak tak berapa best, sementelah pulak aku tengok penyokong Beer eNd macm tak semangat je. bawak bendera macam perbarisan hari sukan sekolah, lepas tu lepak.

Tak de tukang sorak dari Beer eNd, penat geng-geng Pakatan Rakyat provok, langsung tak terbalas... skima gila beb geng Beer eNd... apehal ntah... payment tak turun kot...
1 lagi yang lain dekat sini, penyokong mana-mana parti bebas "menyesatkan diri" dekat kumpulan parti lawan, tak de sape kesah. orang buat tak tau je... kalau dekat Semenanjung... hmmm... korang paham-paham je la...
Paling aku pelik dekat sini... lepas selesai SPR sahkan calon parti masing-masing, penyokong 2-2 parti selambe je blah... calon pandai-pandai la bawak diri, Pimpinan Parti terkial-kial tak tau nak balik macam mana, lepas lulus je nama calon, penyokong terus hilang macam pelesit.

Tapi sempat jugak dorang kumpul sampah lepas tu lambak depan geng Helmet Merah. hahaha...

Woi...!!! tak de citer best la... aku rasa macam datang makan angin je...
Tengahari ni nak masuk kempen dekat rumah panjang... mesti banyak gambar best nih... lense aku pulak rosak lak sebijik... macam mana nak snap ni...