Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, May 10, 2010

Berahim PERKASA Kena Jelas, Siapa Yang Hantar 250 UTK Menyerbu Baginda Sultan Kelantan

Reactions: 
Berahim PERKASA nak cuba tutup kesalahan UMNO dan pindah kesalahan kepada orang lain pula. Beliau buat kenyataan nak salahkan Tok Guru Nik Aziz sebab tidak beri nasihat.
Padahal Berahim PERKASA wajib jawab bagaimana 250 anggota UTK boleh dikerahkan untuk menyerbu Sultan Kelantan yang sedang menaiki kenderaan ke Lapangan Terbang untuk mendapat rawatan susulan di Singapura.

Bukankah UTK ini terletak di bawah penguasaan Polis DiRaja Malaysia yang juga terletak di bawah penguasaan Kementrian Dalam Negeri yang dikuasai UMNO?

Yang saya nampak, Berahim PERKASA nak tutup pekung UMNO yang jelas telah campur tangan dalam urusan istana Kelantan sekaligus telah derhaka pada Sultan Kelantan.

Hakikatnya,Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan menyatakan bahawa selagi Sultan tidak meninggal dunia, beliau kekal sebagai Sultan. Tindakan menghantar 250 UTK menyerbu Sultan Kelantan adalah satu tindakan DERHAKA yang amat besar dan Berahim PERKASA perlu menjawab isu ini dengan tegas.

Bukan menyalahkan MB Kelantan. Bukan MB Kelantan yang mengarahkan 250 UTK menyerbu Sultan Kelantan sekaligus menghalang Baginda pergi mendapat rawatan susulan di Singapura.

Lagipun, apa salahnya seseorang itu pergi ke Singapura untuk mendapat rawatan susulan? Kalau orang itu bukan Sultan pun, tiada salahnya beliau untuk pergi ke Singapura untuk mendapat rawatan. Orang biasa yang tiada kedudukan istana pun tidak salah untuk pergi ke Singapura mendapat rawatan perubatan, inikan pula Baginda Sultan Kelantan.

Berahim PERKASA sepatutnya menyoal UMNO bagaimana 250 UTK boleh menyerbu Baginda Sultan, bukan menyoal Tok Guru Nik Aziz.

Krisis Istana Kelantan, bagi saya, adalah lantaran campur tangan UMNO. Kalau tidak bagaimana 250 UTK boleh dikerahkan?

Tulang Besi

NORWAY MENGHARAMKAN IKLAN ARAK SAMA SEKALI

Reactions: 
Norway adalah negara sekular. Di dalam perlembagaan Norway, tiada peruntukan "Islam Agama Persekutuan" seperti dalam Perlembagaan Persekutuan. Norway pula hampir tiada orang Islam kerana bilangan orang Islam amat sedikit. Namun, soalnya sekarang mengapa negara Norway boleh mengadakan undang-undang arak yang JAUH lebih KETAT berbanding Malaysia di bawah pentadbiran UMNO?

Dan saya sengaja membawa contoh Norway kerana Norway adalah tergolong dalam negara maju dan berdaya saing. Malahan, daya saing Norway JAUH lebih tinggi dari Malaysia. Dan, Norway adalah negara yang jauh lebih kaya dari Malaysia. Norway juga antara negara dalam dunia pengeluar barangan teknologi tinggi. Misalnya, Norway mengeluarkan jenama barangan komunikasi "NERA". Malaysia sendiri mengimpot semua barangan telekomunikasi dari luar negeri.

Jelas kepada kita, UMNO hanya menanam tebu di bibir. Mereka heboh dalam bab "kalimah Allah" tapi benda yang jelas haram seperti arak dan judi, UMNO boleh biarkan serta galakkan.

Walaupun Norway tidak mengharamkan arak sama sekali, namun segala bentuk iklan arak diharamkan di Norway. Sebagai contoh pada 2008, sebuah pasukan bolasepak dari England bernama Everton FC telah menentang sebuah pasukan bolasepak Norway bernama SK Brann. Everton FC mengiklankan jenama beer “Chang” di atas jersey bolasepak mereka.

Namun, sewaktu mereka bermain di Norway, mereka terpaksa bermain dengan jersey kosong kerana undang2 Norway mengharamkan iklan arak dalam apa-apa bentuk sekalipun. Sila rujuk gambar di bawah:


Padahal, di waktu biasa, pemain yang sama seperti diatas akan memakai jersey seperti ini:


IKLAN ARAK DI MALAYSIA TIDAK HARAM

Berlainan di Malaysia, arak masih boleh diiklan di akhbar-akhbar bukan Melayu, di panggung-panggung wayang dan di beberapa media yang lain. Malahan, pada satu masa dahulu, Carlsberg telah menjadi penyumbang kepada Sukan Komenwell dan ianya dilakukan secara terbuka.

Yang menghairankan adalah Norway adalah negara bukan Islam, tiada peruntukan “Islam sebagai Agama Rasmi” di dalam perlembagaan Norway, tiada slogan seperti Islam Hadhari dan hampir tiada orang Islam di Norway.

Tapi, undang-undang arak lebih ketat di Norway berbanding Malaysia. Norway berpendapat kalau diizinkan iklan arak hanya akan menggalakkan lagi rakyatnya minum arak. Hasilnya nanti masaalah ketagihan arak di Norway akan bertambah buruk dan tidak dapat dikawal.

Juga Norway adalah negara yang lebih maju dan lebih kaya dari Malaysia. Namun, mereka lebih ketat mengawal arak berbanding Malaysia.

MELAYU/ISLAM DUDUK DI LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT ARAK

Pada masa yang sama juga, UMNO mengizinkan orang Melayu Islam dilantik menduduki Lembaga Pengarah Carlsberg dan Guiness Anchor. Sila rujuk contoh di bawah yang diambil dari laman web Carlsberg:


Melayu Islam diizinkan Kementrian Kewangan (bawah UMNO) untuk duduk dalam Lembaga Pengarah Calrsberg dan Guiness Anchor. Itu tandanya UMNO menyokong industri judi dan arak di Malaysia.

Kesimpulannya, UMNO bersikap munafik dalam isu arak. Di hadapan rakyat umum, mereka bersandiwara kononnya berjuang Islam. Tapi, hakikat sebenarnya mereka adalah penaja dan pengempen arak nombor satu. Negara Norway yang lebih maju.

Syukurnya saya tidak menjadi penyokong UMNO. Sekurang-kurangya akidah dan agama saya terselamat dengan tidak menyokong UMNO. Sokongan UMNO pada industri arak dan judi ini akan menyebabkan akidah dan agama saya hancur.

Tulang Besi

PRK Sibu: SPR "Juden" - PBB Boleh, PAS Tak Boleh..!

Reactions: 
Balik kempen rumah ke rumah, dari jauh nampak kalut depan Markas PAS Kampung Hilir. polis pun ada jugak... apahal pulak nih..? aku pergi rapat. laaa.... rupa-rupanya wakil SPR datang mintak buang bendera PAS dalam Markas PAS... pulak dah...

Datang YB Khalid Samad, sembang-sembang lebih kurang... "Encik... saya nak tanya... Parti PBB bertanding tak untuk PRK ni..? mat SPR jawab - "Tak..."... "habis kenapa bendera PBB you tak suruh BN buang..?"... "sebab PBB dah berdaftar"... sempoi gila mangkuk ayun pemuka Juden ni jawab...

Ni BANGANG ko apo ni..? dah la... malas nak komen banyak-banyak... dekat bendera PAS pun takut ke..? bendera PAS ni kita pasang DALAM MARKAS PAS SAHAJA, bendera PBB dekat merata-rata... apehal pulak..?

Senang cerita la... mana-mana badan yang duduk bawah BN, selama-lamanya akan BANGANG...
Yang ni boleh...
Wakil SPR Juden sedang di Tarbiah oleh geng-geng Pakatan Rakyat... hahaha...
Yang ini tak boleh sebab tak berdaftar... tak berdaftar..? mamat ni Yahudi baru hantar dkat Malaysia ke..?

PRK Sibu: Kempen Rumah Ke Rumah Kampung Hilir...

Reactions: 
4:30 petang, Misi Kempen Rumah ke Rumah dimulakan... pimpinan ke 3-3 parti ikut serta mengiringi Calon PRK Sibu Pakatan Rakyat ke Kampung Hilir untuk berkempen dari rumah ke rumah.
Sessi berkenal-kenalan dengan calon Pakatan Rakyat dimulakan di sebuah rumah kaler merah... ni mesti penyokong Mencester Yunaited... keh keh keh keh keh... Mencester Yunaited mana bertanding dekat Sibu weh...
Baru je keluar dari lorong rumah penyokong Mencester Yunaited tadi tiba-tiba - POOOOOONNN...!!! calon kena hon... "kejap-kejap...!!!"... drebar van tu jerit... alamak... saspen... rupa-rupanya drebar van tu nak salam dengan calon Pakatan Rakyat... ingat aperda...
Akak ni cakap - "sape yang berjuang untuk keadilan rakyat, akak 1 rumah akan sokong tak kira la dia tu agama apa atau bangsa apa... janji berjuang untuk keadilan..." sah dah dapat 4-5 undi 16hb. Mei ni...
Pergh... ramai betul tolong kempen... YB Khalid Samad pun turun padang jugak beb...
Adik dah daftar sebagai pengundi yang sah ke belum..?
Rumah kaler hijau... kompom geng Pakatan Rakyat...
Uncle tolong undi Pakatan Rakyat untuk perubahan ya...!!!
Tak dapat geran tanah lagi..?
Awek baju itam dekat pintu tu dari mula aku sampai, sampai la aku nak belah, tak bekelip mata dok tenung aku... nak mintak no telipon, mak dia ada, YB ada, segan la pulak... aku ingat esok aku nak gi kempen sorang-sorang la dekat rumah dia... "Vote 4 Topeng Perak..!" jamin bahagia sampai akhirat..! hahaha... hahaha... hahaha... jangan dengki geng... eh... best pulak slogan aku tu kan..?
Pakcik memang dari dulu undi pembangkang...
Pakcik sokong Mancester Yunaited jugak ke...??? tak lah... pakcik baru balik dari Thailand nih... jumpa Thaksin... hahaha... lawak pakcik neh...
Ni... ni... apa ni...??? kameraman ambik gambar YB la... pehal pulak dok posing neh..? eish...
Adik besar esok jangan lupa undi Pakatan Rakyat tau..! ha..? Gaban..? ape-ape la adik...
Tadi kena tahan dekat drebar van, ni kena tahan dekat abang motor pulak... macam boleh menang je nih...
Abang nak undi sape nanti..? - "Roket..!"... bagus-bagus...
EVEREDY PASti !... hehehe... kompom...
Akak jangan lupa kak... bangun awal 16hb. Mei ni... Undi Pakatan Rakyat...
Ha... ini orang saya kenal... ini bakal YB Sibu... saya mesti sokong..!
Sessi gelak-gelak...
Sempoi betul la rumah-rumah dekat sini...
Undi Pakatan Rakyat demi masa depan anak-anak kita..!
Awal-awal pakcik ni dah pesan dekat calon Pakatan Rakyat - saya mau bila YB dah menang nanti YB kena rajin datang rumah saya macam hari ni, kalau tidak PRU nanti saya tak undi YB dah... saya tak nak YB jadi macam YB yang dulu..! ha... amaran keras tu..!
Generasi akan datang... yang ni yang kita nak kena jaga dari sekarang ni... jangan sampai esok-esok budak-budak ni maki-hamun kita sebab silap buat pilihan... cukup la 50 tahun lebih dok kena pedajal dekat anak buah setan...
Ada maksud tersirat...
Belasah la... kali ni rumah orang BN pun kita redah... pedulik hape...
Aik..? sempat lagi..?
"Tanah tu dari luar bawak kedalam semua gomen setan nak ambik, kami duduk puluh-puluh tahun geran haram tak dapat, janji tiap-tiap tahun nak selesai tapi sampai YB dulu dah jadi tanah pun geran tanah tak dapat-dapat lagi... rege punya mahal dia nak bayar ganti rugi tak sampai RM50 hengget..! dia ingat kami bodo ke..?"...
Kena tahan lagi... kali ni kereta lak tahan... tak boleh tahan macam ni...
Meh meh ikut saya... laki saya ada dekat kereta tuh... meh meh...
Malam ni sokong Chelsea tau..!
...???
Ni otai dekat sini, korang jangan main gila... kang tak pasal-pasal kena tikam dengan gobek sirih..!
Open House ke..?
Jalan masuk ni BN janji nak turap lebih kurang dengan tar tak pun nak tambak dengan pasir tapi dah 2 kali Pilihanraya Umum, jangan kata tar atau pasir, selut pun dia tak hantar..! binawe betul... kali ni pakcik pangkah Pakatan Rakyat pulak... kasi ajar sama itu ejen Zionis jahanam...
Tuan rumah ni sokong 2-2... masa kami ada dekat bawah dia jerit "Hidup Pakatan Rakyat", bila polis lalu je... dan dan tu jugak dia jerit "Hidup BN...!!!"... pergh... politik memang gila...
Saya akan undi Pakatan Rakyat..!
Pakcik-pakcik dan makcik-makcik semua jangan undi BN tau... BN jahat...

PRK Sibu: Lawatan Ke Rumah Panjang Dibatalkan...

Reactions: 
Patutnya hari ni jam 12:00 tengahari aku ikut rombongan DAP masuk ke rumah panjang dekat kawasan pedalaman sana, tapi terpaksa kensel last minute atas sebab-sebab yang jadi kepada penyebab... oleh sebab itu, terpaksa la aku melencong terus ke Markas PAS Kampung Hilir.

Kampung Hilir ni adalah salah 1 lokasi sasaran yang makin hari makin banyak sokongan Pakatan Rakyat dapat. isu paling besar dekat sini ialah isu pemilikan tanah. kebanyakan penduduk dekat sini dah tinggal dekat sini sebelum Sabah dengan Sarawak bersekutu dengan Tanah Melayu, tapi hak-milik tanah...

Kalau dah tiba-tiba ada "3 titik" dekat hujung ayat tu korang paham-paham je lah... kalau ikut sembang-sembang kosong dengan penduduk dekat sini, tiap kali Pilihanraya, BN janji nak bagi geran tanah "kalau menang", tapi daripada "peta Sarawak" luas, sampai la "peta Sarawak" makin kecik, bayang geran tanah tak nampak-nampak, yang janji nak bagi geran pun dah 3-4 orang jadik tanah.

"Janji Manis Mu"

Aku kalau bab janji-janji ni memang aku 44 juta kali respek dekat iblis dengan setan sebab yang aku belajar dalam kelas agama Islam dulu bab sejarah manusia dan penciptaan Adam dan Hawa ni... Setan dengan Iblis masa ingkar arahan Allah untuk tunduk pada Adam dan Hawa, dia janji pada Allah akan sesatkan seluruh manusia atas mukabumi ni dan janji tu Setan dengan Iblis pegang sampai hari ni.

Janji UMNgOk/Beer eNd pulak macam mana..?

Kesimpulannya - UMNgOk/Beer eNd ni lagi jahat dari Iblis dengan Setan sebab sejahat-jahat Iblis dengan Setan, dia pegang pada janji, UMNgOk/Beer End pegang pada janji tak tuan-tuan dan puan-puan..?
Tony, Khalid Samad, Mahfuz dan lain-lain tengah tunggu calon untuk kempen dari rumah ke rumah...
Petugas Pakatan Rakyat sibuk dok pasang bahan kempen...

PRK Sibu: Pagi 9hb. Mei, 2010...

Reactions: 
Peringatan: Ini adalah entri santai... kalau tak suka, jangan dok baca...

Pagi ni gua dengan Uncle Zorro dapat geng baru... aktivis PKR dari Negeri Sembilan... Auntie Joe boleh dikira sebagai "Hardcore" dalam perjuangan Pakatan Rakyat sebab setakat ni, aku tak pernah tengok dia miss mana-mana "by-election". ni geng Che'gu Bard neh...

Aku iktiraf Auntie Joe sebagai simbol "1Malaysia" versi Pakatan Rakyat sebab Auntie Joe ni ada macam-macam "gen" dalam darah dia... Punjabi, Portugis, Cina dan banyak lagi "gen" dok ada dalam darah daging Auntie Joe. Mak dia "mix", bapak dia "mix", Auntie Joe pulak kawin dengan Bangsa lain.

Bab bahasa pulak Auntie Joe boleh sembang dalam tak kurang dari 7 bahasa. tak salah aku, kalau dialek cina, Auntie Joe sapu bersih.

Auntie Joe mula jadi aktivis politik pada tahun 1974... aku pun tak de lagi masa tu beb... yang bagusnya - dari mula sampai sekarang, Auntie Joe masih setia dengan parti-parti pembangkang. Ezam bukan lawan Auntie Joe... Ezam cuma tahap tapak kaki Auntie Joe je... kuis lebih kurang, capek dalam UMNgOk/Beer eNd... terus jadi ejen Yahudi... dasar biawak...
Tutup cerita Auntie Joe... pagi ni, aku, Uncle Zorro dengan Zizan pusing-pusing Bandar Sibu. Zizan shopping sakan, beli cenderahati untuk anak-beranak. Uncle Zorro layan paip, aku layan kamera. tapi tak banyak shot menarik sebab lense aku tak berapa jalan... dah kena santau dekat BikMama kot... hahaha...
Bandar Sibu ni boleh tahan jugak sibuk beb... hari ni pulak hari minggu, manusia berduyun-duyun, awek pun boleh tahan... aku ingat nak carik jugak sorang awek dekat sini... ade ke yang solo..? entah... segan nak tanya beb... tak kena gaya kang makan pelempang...
Awek dekat atas ni cun jugak beb... tapi yang dia bawak tu anak dia ke adik..?
Uncle Zorro dalam posisi layan jiwang... teringat rumah la tu...