Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, May 24, 2010

TGNA Setaraf Dengan Pemimpin Islam Dunia - Dato' Haji Husam

Reactions: 
EXCO Kerajaan Negeri Kelantan Dato' Haji Husam Musa menganggap ketokohan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hampir sebaris atau setaraf dengan Presiden Iran Mahmood Ahmadinejad, pengasas Hammas Asy-Syahid Sheikh Ahmad Yassin dan juga lain-lain pemimpin Islam dunia dalam mempertahankan dan memperjuangkan cita-cita Islam.

Beliau menganggap sedemikian kerana Tuan Guru Nik Abdul Aziz walaupun bertubuh kecil, namun pengaruh ucapannya begitu digeruni oleh seteru politiknya sebagaimana Amerika Syarikat dan Israel begitu gerun terhadap pengaruh ucapan Mahmood, Ahmad dan lain-lain pimpinan Islam dunia.

"Bagi saya, Tok Guru semacam Ahmadinejad (kerana) tubuh sahaja yang kecil, beliau bukan jenis yang gagah perkasa, berbadan sasa atau ada lain-lain kelebihan fizikal tapi bila Tok Guru bersuara, ia begitu menakutkan seteru-seteru politiknya (seperti) UMNO," ujar beliau kelmarin dalam Ceramah Cakna yang telah diadakan Dun Kijang, Kelantan.
"Sheikh Ahmad Yaasin juga berumur orangnya, saya kira seperti Tok Guru, tetapi Sheikh Ahmad Yasin menakutkan Zionis Israel manakala ucapan Nik Aziz pula menakutkan proksi Zionis Israel di Malaysia." ujar beliau lagi kepada para hadirin yang hadir. beliau (Dato' Haji Husam Musa sebelum ini adalah ADUN Kijang sebelum bertanding dan menang di DUNSalor)

Sehubungan itu, Husam yang juga AJK PAS Pusat berkata, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai simbol perjuangan rakyat serta pemimpin spiritual oleh rakyat dan sebilangan besar pemimpin Pakatan Rakyat belakangan ini.

"Tok Guru amat disenangi oleh hampir semua masyarakat berbagai bangsa di Malaysia, sebut saja nama Tok Guru, baik cina, india, melayu, orang asli atau apa-apa bangsa pasti kenal dan teringin untuk berjumpa dengan Tok Guru secara berdepan. dapat tengok dari jauh pun sudah cukup, sudah mendapat kepuasan dalam diri".

Disebabkan itu juga, beliau berharap Nik Aziz supaya tidak mengendahkan desakan untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar
Kelantan oleh seteru-seteru politik Nik Aziz.

"Kenapa nak suruh Tok Guru berhenti (melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar)? Tok Guru adalah simbol besar kalau tidak pada PAS pun, rakyat anggap Tok Guru sebagai simbol perjuangan menolak politik perkauman yang dicanangkan oleh rejim UMNO," ujarnya lagi.

Tidak cukup dengan itu, beliau yang juga Adun Salor mencadangkan Nik Aziz supaya bertanding untuk kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak, selain terus kekal bertanding di kerusi Dun Chempaka.

"(Pada) PRU13, saya cadang Tok Guru bukan setakat dikekalkan bertanding (di peringkat) Dun, kalau boleh bertanding (di peringkat) Parlimen, saya akan memberikan sokongan penuh" beliau menambah.

Menurut beliau, dengan ketokohan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Dewan Rakyat kelak, tidak mustahil ianya bakal menggugat kepemimpinan UMNO BN di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagaimana yang terjadi di Dun Kelantan sebelum ini.

Turut berucap dalam Ceramah Cakna di Karnival Rakyat dan EXPO Pertanian DUN Kijang pada malam itu ialah, ADUN Kijang Wan Ubaidah binti Omar yang juga EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.

Dato' Haji Husam Musa dan YB Ubaidah juga sempat menyampaikan hadiah bagi cabutan bertuah kepada para pemenang yang berupa Basikal, Hamper, seekor kambing dan juga seekor lembu sumbangan beberapa individu dan Syarikat Swasta dalam majlis tersebut.

Bangunan UMNO: Najib Wajib Siasat Kalau Anak Jantan

Reactions: 
Najib dilaporkan berkata:
“tak wajar dicadangkan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan semata-mata kerana ada orang menulis sebuah buku. Apa yang penting ialah bagi kita melihat masa depan. Semua perdana menteri telah memberi sumbangan yang besar. Jika tidak, Malaysia tidak akan menjadi maju seperti sekarang sehingga dianggap sebagai satu contoh,”
Tetapi bukankah Najib Tun Razak sendiri pernah mengkonfirmasi fakta ini:
”In the case of the North South Highway project, it is a means of UMNO solving it’s problems by repaying loans taken for the new UMNO Headquarters building"(Star 29 August 1987)

TERJEMAHAN BEBAS: Di dalam kes Lebuhraya Utara Selatan, ia adalah cara UMNO menyelesaikan masaalah membayar balik hutang yang ditanggung UMNO untuk membina bangunan Ibu Pejabat UMNO
Nah, bukan kah Najib, sewaktu menjadi Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Pemuda UMNO, telah mengakui fakta ini. Mengapa harus takut untuk membuat sebuah siasatan yang menyeluruh?

UMNO AKAN NAMPAK LEBIH BURUK KALAU KES INI MELETUP

Hakikatnya, Projek Lebuhraya Utara Selatan telah diberikan kepada UEM oleh Kerajaan Malaysia. PAda waktu yang sama, UEM adalah sebuah syarikat milik Hatibudi Sdn Bhd yang dipunyai oleh UMNO.

Dengan kata lain, untuk menyelamatkan Bangunan UMNO dari dilelong, maka konsensi Lebuhraya Utara Selatan telah diberi pada syarikat UMNO bernama UEM. Pemberian ini jelas tidak BERAKHLAK dan TIDAK BERMORAL kerana Hatibudi Sdn Bhd adalah syarikat pemegang amanah bagi UMNO di mana 4 dari pemegang amanah dalam Hatibudi juga duduk dalam Kabinet Malaysia: Dr Mahathir, Tun Ghaffar Baba, Sanusi Junid serta Daim Zainuddin.

Nilai konsessi ini dianggarkan mencapai RM54billion. Kita boleh kata bangunan UMNO dibayar dengan wang haram kerana rakyat Malaysia rata-rata dipaksa membayar tol setiap kali menggunakan Lebuhraya PLUS.

Rupa-rupanya, kita bayar tol semata-mata untuk mengkayakan UMNO dan memastikan Bangunan UMNO tidak dilelong. Patutlah, setiap kali selepas Pilihanraya Umum, kadar tol pasti dinaikkan. Semuanya untuk menampung kos pilihanraya UMNO semata-mata.

Yang herannya, bila syarikat2 UMNO bangkrap dan terlungkup, rakyat juga yang terpaksa “bail-out” i.e. LRT dsbnya. UMNO untung rakyat rugi.

Nasib lah orang Melayu dan rakyat Malaysia diperintah oleh sebuah parti yang tergamak merompak rakyat sendiri.

Tulang Besi

p/s - sila rujuk artikel saya sebelum ini bertajuk “Kita Bayar Tol Untuk Selamatkan PWTC Dari Di Lelong Bank Bumiputra “