Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, June 03, 2010

KJ, Sam, Tantawi, Anthony & Anak Muda

Reactions: 
Desakan untuk memasukkan nama Kontroversi dalam Pemuda UMNO Malaysia iaitu Ketuanya Khairy Jamaluddin dalam Kabinet baru KERAjaan Malaysia semakin kuat akhir-akhir ini. tapi sampai waktu ni, di pihak Pimpinan tertinggi UMNO lebih-lebih lagi PM Najib masih tiada respon.

Tak mustahil untuk menarik sokongan golongan pengundi-pengundi baru dalam PRU-13 nanti yang terdiri dari anak-anak muda yang dilihat "dekat" dengan Khairy, nama Khairy akan tersenarai juga dalam Kabinet baru PM Najib, walaupun secara "terpaksa".

Bagi aku, tak de hal kalau Khairy tersenarai dalam barisan Kabinet baru PM Najib sebab secara peribadi, aku tengok Khairy ada kekuatannya yang tersendiri. seburuk mana pun Khairy, kita terpaksa mengakui bahawa Ketua Pemuda UMNO ini adalah seorang yang kuat bekerja, punya karisma tersendiri dan bukan jenis "cakap tak serupa bikin" (kecuali dalam isu himpunan BERSIH dulu).

Lain-lain, memang Khairy sendiri ada buat banyak program-program mendekati anak muda walaupun kebanyakan program-program anjuran Khairy kita nampak macam program "buang masa".

Kita kena akui jugak, walaupun geng-geng "budak-budak mat rempit" sangat-sangat rapat dengan Khairy (mat rempit dipandang hina oleh kebanyakan ahli politik sempit), sekurang-kurangnya mereka-mereka ini dah pasti akan mengundi UMNO/BN atas usaha Khairy merapatkan diri dengan golongan ini melalui program-program "buang masa" anjurannya.

Yang tu pada aku bagus untuk UMNO/BN. cuma nasib Khairy agak kurang bernasib baik sebab tidak mendapat sokongan penuh Pemuda UMNO. kalau Khairy dapat sokongan penuh Pemuda UMNO, alamatnya sangat tak baik untuk Pakatan Rakyat.

Atas "nasib Khairy yang kurang baik itu", kekuatan Pemuda UMNO pada waktu ini hanya berada pada tahap 50% daripada kekuatan sebenar Pemuda UMNO.

Yang ni Pakatan Rakyat nak kena study balik. Pakatan Rakyat ada Pemuda PAS, Pemuda DAP dan juga Angkatan Muda KeADILan. 3 sayap penting dalam Pakatan Rakyat. nampak macam hebat, tapi realitinya - ke 3-3 sayap penting Pakatan Rakyat masih gagal menandingi Pemuda UMNO yang pada tahap ini boleh kita katakan sebagai "lembik'.

Kalau dah Pemuda UMNO lembik, 3 sayap utama Pakatan Rakyat kita nak panggil apa..? mungkin lemau sangat-sangat sesuai.

Apa yang aku nak bangkitkan dekat sini ialah kekuatan 3 sayap utama Pakatan Rakyat.

Pemuda PAS

Setakat ni aku tak nampak kekuatan Pemuda PAS dibawah pimpinan Ustaz Nasruddin Hassan At Tantawi. kalau tengok gambar memang nampak brutal, ada sikit-sikit iras The Rock, terutamanya kalau korang tengok gambar Nasruddin masa tengah mandi manda dekat air terjun (yang ni korang kena tanya Ali Bagan Utama).

Bab penampilan memang bergaya sangat-sangat, tapi kalau ambik dari segi Pimpinan, memang bagi aku - hancur sangat-sangat. lepas tamatnya pemilihan terakhir yang mana Ustaz Nasruddin dipilih sebagai Ketua pemuda PAS Pusat, aku tak nampak sebarang tindakan atau gerakan daripada pemuda PAS yang boleh menggerunkan Pemuda UMNO.

Setakat ni aku tak nampak pun Pemuda UMNO rasa tercabar dengan apa-apa tindakan dari Pemuda PAS. ada 3 kemungkinan bagi aku:
1 - Pemuda UMNO memang tak risau dekat Pemuda PAS.
2 - Pemuda UMNO tak tahu kewujudan Pemuda PAS.
3 - Pemuda PAS memang tak buat apa-apa.
Yang tu korang kena fikir balik betul atau tak betul anggapan aku. macam biasa... nak terima, Alhamdulillah, tak nak terima - aku tak kisah.

Realitinya ialah, dalam keadaan Pemuda UMNO dan Ketuanya Khairy Jamaluddin "bukan sape-sape" dalam politik Malaysia, Pemuda PAS lagilah entah apa-apa dalam politik Malaysia. ibarat "melukut ditepi gantang".

Ada persamaan antara Pemuda PAS dengan Angkatan Muda KeADILan. tapi bagi aku, Angkatan Muda KeADILan levelnya lagi teruk dari Pemuda PAS. kalau pergi dekat ceramah-ceramah atau program-program anjuran PKR, AMK lebih kedepan sebagai "pengawal VIP-VIP atau Pimpinan PKR".

Pakai T'Shirt smart-smart, spek hitam, lepas tu cekak pinggang keliling pentas. dekat baju tertera Angkatan Muda KeADILan. punya la cikai AMK ni. PAS sekurang-kurangnya ada Unit Amal yang bagi aku levelnya tinggi sikit dari PDRM kalau bab jaga dan kawal lalu-lintas dekat program-program Pakatan Rakyat.

Kalau buat demonstrasi pun sama, aku tengok geng-geng Unit Amal lebih kedepan daripada geng-geng AMK dan juga Pemuda PAS. kalau tak de Unit Amal, Pemuda PAS terutama Ketuanya Nasruddin Tantawi pun kecut perut nak turun padang.

Geng AMK pun aku tengok banyak yang dok selindung belakang Unit Amal kalau pergi demonstrasi. FRU serang je semua hilang, tinggal Unit Amal basah kuyup dok bertahan walau kena tembak dengan watercanon dan jugak gas pemedih mata.

Selalunya lepas semburan atau tembakan pertama, kita dah susah nak kesan geng-geng AMK. yang ni memang selalu aku, geng-geng wartawan dan jugak blogger-blogger perati. kalau ada geng-geng SAMM pimpinan Chegubard, geng-geng ni je la yang tinggal dengan Unit Amal.

Balik pada AMK. sampai hari ni, aku boleh cakap - AMK dibawah pimpinan Ketuanya Shamsul Iskandar cuma pandai buat report polis sahaja. tak de program-program untuk tarik anak muda mendekati AMK (kecuali dekat Sibu hari tu ada la lebih kurang program tengok bola dengan anak muda).

AMK dibawah pimpinan Shamsul Iskandar hari ni terlalu jauh dengan para pengundi muda. Ketua AMK lebih berminat untuk berada "hampir" dengan Pimpinan Tertinggi PKR daripada berada dekat dihati anak muda Malaysia.

Shamsul memang rajin turun padang berdemo dan Shamsul juga sangat-sangat cekap menghilangkan diri dari berdemo bila kelibat polis datang.

Lain-lain Shamsul sebagai Ketua AMK cekap dalam membuat laporan polis. aku tak tau berapa banyak dah report polis yang Shamsul dah buat, tapi aku 100% yakin tak de 1 pun report polis yang Shamsul buat boleh menarik sokongan anak muda untuk mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti.

Anak muda era baru tak minat dengan kerja-kerja buat report polis beb... nak pimpin anak muda dengan report polis..? apa sangat la "kewibawaan" yang anak muda nampak dekat diri tukang buat report polis ni..? adik-adik kita yang bawah umur pun boleh buat report polis Sam... tak payah jadi Ketua AMP Pusat pun kalau nak buat report polis.

Belajar tinggi-tinggi sampai jadi lawyer tak kan la setakat tu je kemahiran lu beb..? seBANGANG-BANGANG KJ pun, lagi ramai anak muda nampak "Karisma"nya tu... kalau Mahdet tak jadi kepala burukkan KJ dulu, aku dok rasa Azmin Ali pun bungkus kalau jadi pesaing KJ.

Dalam hal Pemuda PAS dan AMK ni, 2-2 nak kena perbetul balik "line" korang. carik balik apa yang korang patut buat sebenarnya. yang penting - anak muda. nak menang PRU-13, kena ada sokongan padu dari anak muda. kalau gagal tarik anak muda untuk sokong Pakatan Rakyat dalam PRU-13, jangan mimpi nak tawan putrajaya...

Jangankan Putrajaya, Hentian Bas depan Kompleks BERJAYA pun belum tentu korang dapat tawan..!

Untuk sessi akan datang, kalau KJ tersenarai dalam Kabinet baru PM Najib dan ke 3-3 sayap utama Pakatan Rakyat masih ditakuk yang aku sebut tadi, alamatnya cerah masa depan untuk Pakatan Rakyat bungkus.

Alasan paling kuat ialah, KJ bagi aku seorang yang sangat-sangat bijak dalam mengambil peluang dan kesempatan. kalau dah duduk dalam Kabinet, lagiii banyak program KJ boleh atur untuk dekati anak muda. bila dah jadi macam ni - Shamsul akan jadi makin pendek, Nasruddin pulak bakal menyusul. korang lawan sape paling pendek.

Pemuda DAP pulak agak kurang menonjol sebelum ni, tapi sejak akhir-akhir ni dah nampak perubahan. sepanjang yang aku tau, anak muda berbangsa Cina bagi sokongan padu pada DAP sebab Ketua Pemuda DAP rajin bekerja, rajin mendekati anak-anak muda berbangsa Cina dan banyak atur program untuk anak muda.

Pada AMK dan jugak Pemuda PAS, mintak tolong sangat-sangat perbanyakkan program-program dengan anak muda, cuba dekati anak-anak muda seboleh mungkin. program politik cuma dapat tarik minat anak muda sebanyak lebih kurang 20% sahaja. jangan cuba sogok anak-anak muda untuk minat berpolitik.

Cara paling baik, sediakan beberapa program bukan politik yang dapat tarik minat anak muda, lepas tu pandai-pandai la pikir selebihnya... tak kan semua aku nak kena guide..? aku buka Ketua Cabang atau Pemuda mana-mana parti.

Aku salah sorang dari anak muda yang nak tengok Malaysia berubah dibawah Pakatan Rakyat.

Buang Logo Israel Dari Desktop & Laptop Korang...

Reactions: 
Ramai pengguna-pengguna Desktop dan Laptop yang menggunakan perisian Microsoft Windows tak sedar bahawa sekian lama logo Israel ada dalam Desktop dan juga Laptop korang...

Sekarang korang ada pilihan samada nak simpan atau nak buang logo tersebut dari Desktop dan juga Laptop korang...

Kalau nak tengok boleh ikut langkah-langkah dibawah ni.

Cari dekat drive C: > ProgramFiles > Microsoft Office > MEDIA > CAGCAT10 > J0285926.WMF.

Terpulang pada korang nak buat apa sekarang... aku dah delete dah... buat semak je...

Info dari: Muhamad Suhaidi Sulaiman

Tiket Pergi Tak Balik-Balik Ke Neraka Jahannam...

Reactions: 
Jarang sekali manusia berbangsa UMNO ni berani tampil secara terang-terangan bahawa mereka komited menolak hukum Allah seperti yang termaktub didalam Al-Qur'an dan Sunnah. kali ini ianya amat berbeza... mungkin sebab dah rasa terlalu kuat dengan sokongan Yahudi/Zionis, UMNO dah tak segan silu lagi menampilkan wajah sebenar mereka yang anti Al-Qur'an dan Sunnah.

Mungkin Banner ini boleh menjadi "tiket pergi tak balik-balik" ke Neraka Jahannam bagi delegasi Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Terengganu insya-Allah... yang mana terlibat dalam pembikinan banner ni tak perlu risau, pasti akan mendapat labanya sekali.

Allah Maha Adil... yang tu kita jangan lupa...

Tunaikan janji, Pakatan Rakyat. Kami menuntut penerbitan Utusan Rakyat

Reactions: 
Kepada: Pimpinan Pakatan Rakyat serta Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat

1. Pada 23 Februari 2008, PAS, DAP & PKR (selepas ini dirujuk sebagai "Pakatan Rakyat") telah menandatangani akuan penyokongan terhadap Deklarasi Rakyat (http://harismibrahim.wordpress.com/the-peoples-voice-the-peoples-declaration), dan dengan itu, berjanji untuk bekerja demi dan bersama rakyat dalam usaha merealisasikan aspirasi yang digariskan dalam Deklarasi Rakyat, termasuklah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi menjamin dan melindungi kebebasan media.

2. Dalam Pilihanraya Umum ke-12, lebih 4 juta penduduk Malaysia telah mengundi dan memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk melaksanakan janji serta agenda politiknya yang bertujuan untuk membawa pembaharuan dan reformasi. Walaupun Barisan Nasional tetap memperoleh jumlah kerusi parlimen yang cukup bagi membentuk kerajaan persekutuan tanpa 2/3 majoriti, Pakatan Rakyat telah dipertanggungjawabkan dan telah membentuk kerajaan di negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor. Dalam bulan Februari 2009, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak telah ditumbangkan oleh Barisan Nasional melalui beberapa percaturan politik yang tidak telus dan menimbulkan banyak syak wasangka dan menyebabkan Pakatan Rakyat kini membentuk kerajaan di empat buah negeri.

3. Media massa arus perdana, tidak kira sama ada media bercetak atau media elektronik, terus memaparkan laporan yang tidak tepat.

4. Isu campurtangan politik di NTV7 dan RTM baru-baru ini telah mengingatkan semula masyarakat bahawa selagi media dimiliki atau dikawal oleh entiti politik menerusi apa-apa cara atau kaedah, rakyat Malaysia tidak boleh secara realistik berharap untuk menerima laporan berita yang telus serta tidak berat sebelah.

5. Berkaitan hal ini, kami mengambil maklum bahawa Seksyen 25(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, menyatakan bahawa "Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh meliputi hasil penerbitan atau membuat apa-apa dokumen atau majalah berkala oleh atau untuk Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana badan berkanun" dan kami faham bahawa menerusi seksyen tersebut, keempat-empat buah kerajaan negeri Pakatan Rakyat berhak mencetak, menerbit dan mengedar suratkhabar negeri masing-masing tanpa perlu mendapatkan permit daripada Kementerian Dalam Negeri.

6. Kami kini menuntut pimpinan Pakatan Rakyat, Menteri-Menteri Besar, Ketua Menteri dan ahli Exco keempat-empat buah kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk menunaikan janji mereka kepada rakyat dan mengambil setiap langkah yang sewajarnya untuk menjamin dan melindungi kebebasan media dan mengambil semua langkah yang diperlukan untuk membolehkan penerbitan, pencetakan dan pengedaran sekurang-kurangnya sebuah akhbar harian negeri, dalam Bahasa Malaysia, dalam jangka masa dua (2) bulan ini.

Klik disini untuk menandatangani petisyen.

Apa Bezanya Bangsa Yahudi & Bangsa "UMNO"..?

Reactions: 
Kita tengok pada apa yang sedang berlaku di Negara kita Malaysia sekarang dengan apa yang berlaku di dunia. bangsa laknat Yahudi terkenal sebagai bangsa penindas yang paling jahat di muka bumi ini dan ianya tercatat di dalam Al-Qur'an manakala di Malaysia pula bangsa "UMNO" sejak akhir-akhir ini semakin dikenali sebagai bangsa penindas yang paling jahat di Malaysia.

Apa bezanya bangsa Yahudi dengan bangsa "UMNO"..? pada aku tak banyak bezanya. 2-2 bangsa ni zalim, 2-2 bangsa ni "perasan" bangsa dia saja yang hebat. bangsa Yahudi terkenal dengan sifat takbur dan bongkak, begitu juga dengan bangsa "UMNO" di Malaysia. slogan "hanya UMNO sahaja yang mampu" bukan kita tak pernah dengar.

Itu antara sifat bongkak bangsa "UMNO" di Malaysia.

Kata Tok Guru dalam kenyataan rasminya berkenaan dengan konvoi bantuan ke Gaza:
Tingkah laku biadab Israel ini berpunca dari kefahaman bahawa mereka merupakan bangsa yang terpilih dan mulia berbanding bangsa-bangsa yang lain. Bagi mereka, hanya mereka yang berhak hidup di bumi ini dan bangsa-bangsa lain hanyalah bertaraf hamba kepada mereka. Ekoran kefahaman sesat seperti inilah, mereka langsung tidak berasa bersalah melakukan kezaliman terhadap rakyat Palestin. Inilah bahayanya fahaman ‘asobiyyah melampau yang dianuti oleh Yahudi. Selagi fahaman kebangsaan melampau seperti ini menjadi anutan mana-mana pihak, keamanan tidak akan dapat dikecapi di bumi ini.
Apa yang Tok Guru nyatakan tu adalah kebenaran. di Malaysia, bangsa "UMNO" sentiasa "gila" dan sentiasa mengagung-agungkan dan juga melaungkan slogan "ketuanan MeLAYU". seolah-olah bangsa "UMNO" ini adalah bangsa yang terpilih, hanya bangsa "UMNO" sahaja "kununnya" berhak keatas bumi Malaysia.

Yang bangsa "UMNO" tak paham ialah, dimana pun kita berada, lahir, nyata, membesar, berpijak, berkuasa, mati, tetap diatas bumi yang kita dipinjamkan oleh Allah. sepatutnya tak timbul isu siapa tuan dan siapa bukan tuan.

Kalau kita cakap bangsa "UMNO" ni kuat 'assobiyahnya, macam-macam dalil yang "kununnya" mengharuskan perbuatan itu dikeluarkan. semuanya untuk menghalalkan cara. kalau ikut, bangsa "UMNO" lagi bahaya dari bangsa Yahudi laknat sebab bangsa "UMNO" menggunakan agama untuk kepentingan diri dan bukannya untuk kepentingan agama Islam.

Ini baka-baka bangsa yang merosakkan agama Islam dari dalam. kalau dari sudut real politik, kita panggil "musuh dalam selimut".

Bagusnya bangsa Yahudi Laknat daripada bangsa "UMNO" ni ialah bangsa Yahudi Laknat tidak berselindung disebalik agama untuk kepentingan mereka sebaliknya mereka melakukannya secara terang-terangan, berbeza dengan bangsa "UMNO", depan kita Al-Qur'an dijulang supaya semua orang nampak, tapi realitinya ialah Al-Qur'an langsung tiada tempat dalam bangsa "UMNO".

Kalau Al-Qur'an ada tempatnya dalam bangsa "UMNO", masakan perjuangan 'assobiyah yang diperjuangkan oleh bangsa "UMNO"..? kan terang-terang ajaran Islam menolak perjuangan 'assobiyah... MeLAYU, MeLAYU, MeLAYU..! itu perjuangan bangsa "UMNO".

Bab zalim, bangsa "UMNO" memang juara dalam hal ni. jangan cuba nak nafi.

Tak payah susah-susah nak cari contoh. tengok saja sekatan yang bangsa "UMNO" berikan pada Negeri Terengganu sebaik saja Kerajaan Negeri Terengganu berjaya diambil-alih oleh parti PAS pada tahun 1999. apa bezanya sekatan oleh bangsa "UMNO" di Terengganu dengan sekatan yang bangsa Yahudi laksanakan pada rakyat Palestin selama ni..?

Negeri Kelantan..? pun sama... sebab tak dapat kepercayaan majoriti rakyat Kelantan, maka bangsa "UMNO" bertindak menindas rakyat Kelantan. hak royalti dinafikan. anak Kelantan yang mencari makan diluar daripada Negeri Kelantan dipandang serong lebih daripada para pendatang tanpa izin yang terang-terangan bukan warganegara Malaysia malahan masuk dengan cara yang salah.

Guru-guru dari Kelantan yang dirasakan bukan penyokong bangsa "UMNO" tugasnya jauh di pedalaman Sabah dan Sarawak. itu bentuk penindasan dan tekanan yang bangsa "UMNO" pelajari dari bangsa Yahudi Laknat.

1 masa dulu, Rakyat Palestin ada tanahair mereka sendiri, ada pemerintahan mereka sendiri dan ada hak mereka sendiri, tapi bangsa Yahudi laknat telah merampas semua itu dengan cara yang paling bangsat iaitu "penjajahan". bangsa "UMNO" di Malaysia pula boleh berbangga dengan penjajahan Kerajaan Negeri Perak.

Rakyat Perak 1 masa lepas punya sebuah Kerajaan yang sah, tapi ianya telah dirampas oleh bangsa "UMNO" dengan cara yang paling bangsat, kemudiannya rakyat Perak terpaksa akur berada dibawah KERAjaan yang bukan dipilih oleh mereka dalam sistem demokrasi.

Inipun sebahagian dari ajaran Yahudi Laknat yang dipelajari oleh bangsa "UMNO".

Apalagi..? tengok cara ke 2-2 bangsa "hebat" ini mengekalkan kuasa mereka dimana-mana. umpan mereka ialah "kemajuan", "pembangunan" dan juga "hiburan" - 3 kunci utama untuk melalaikan rakyat.

Nak kekalkan kuasa, bangsa "UMNO" selalu mainkan isu "perkauman"... pertahankan bangsa MeLAYU hingga ke titisan darah yang terakhir..! itu ayat ugut bangsa "UMNO" pada rakyat Malaysia.

Ni aku nak bagitau bangsa "UMNO" yang sibuk nak pertahankan "MeLAYU"...

Dari awal kau lahir, umur 1 hari, dalam surat beranak kau dah tertulis bangsa kau - MeLAYU. kau besar esok kau makan babi, main judi, minum arak, murtad dari agama Islam... mati kau sebagai bangsa apa..? bertukar ke bangsa kau sebab kau mati dalam keadaan macam tu..? yang aku tau, tak kira la kau hidup macam mana pun, apa agama kau masuk sebelum kau mampos pun, mati kau tetap sebagai "bangsa MeLAYU".

Lain halnya dengan agama, kau lahir dari keluarga Islam, besar kau sebagai muslim/muslimah yang soleh, seminggu sebelum kau mati, kau murtad tinggal agama Islam, mati kau bukan lagi sebagai seorang Islam, tapi sebagai murtad.

Mana yang perlu dipertahankan..? "bangsa" yang tak kan berubah walau macam manapun cara hidup kau atau "agama Islam" kau yang belum tentu kau akan mati sebagai Islam..?

Beb... bangsa Yahudi, kalau dia peluk agama Islam, matinya tetap sebagai bangsa Yahudi, bangsa Negro kalau dia peluk agama Islam, matinya tetap jugak sebagai bangsa Negro beb... kau ingat Micheal Jacson tu mati sebagai "Mat Saleh" ke..? itu pun tak boleh nak pikir..?

Matlamat menghalalkan cara..! sebelum kita kuburkan bangsa Yahudi, ada baiknya kita kuburkan ejen bangsa yahudi di Malaysia iaitu "UMNO".

UMNO-APCO: U Help Me, I Help U..!

Reactions: 
KUALA LUMPUR, 2 Jun: Sebuah pertubuhan Yahudi yang berpengaruh di Amerika meminta negara itu agar menyenaraikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai musuh Amerika berikutan tindakannya mendedahkan hubungan KERAjaan dengan APCO dan Asia Soft di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Menurut surat B’nai B’rith International’s, The Global Voice of the Jewish Community, yang mempunyai 200,000 ahli dan penyokong itu, mereka sangat kesal dengan kenyataan anti-Sematic yang dikeluarkan oleh Anwar itu. Melalui surat yang ditandatangani oleh Dennis W. Glick, Presiden dan Daniel S. Mariaschin, Naib Presiden Executif B’nai B’rith International’s itu, mereka mendesak kerajaan Amerika memutuskan hubungan dengan Anwar.

Surat yang bertarikh 25 Mei itu ditujukan kepada John F. Kerry, Pengerusi dan Richard G. Lugar, Ahli utama Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa Amerika Syarikat. Dalam surat itu, pertubuhan itu melahirkan rasa prihatinnya dengan sikap anti-Sematic Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Anwar yang telah menghabiskan beberapa tahun tinggal di Amerika dan membina imej pro-Barat telah menggunakan kedudukannya untuk menyebarkan propaganda anti-Sematic. Anti-Sematic adalah istilah yang digunakan oleh Yahudi untuk melabelkan pihak-pihak yang anti Yahudi atau Israel.

Bagi pertubuhan itu, langkah Anwar mengkritik Perdana Menteri Najib Razak dengan memasukkan unsur-unsur fitnah anti-Yahudi dan anti-Israel adalah tidak boleh diterima.

"Contohnya, kenyataannya pada 30 April yang perisik Israel terlibat secara langsung dalam menguruskan KERAjaan".

"Contoh lain adalah, dia mendakwa agen perisik Israel dalam unit IT pasukan Polis," kata surat itu.

Mereka juga berkata, Anwar mendakwa KERAjaan menggunakan khidmat syarikat perhubungan awam yang dikawal oleh Yahudi di Parlimen. Selain itu, mereka mendakwa Anwar pernah membuat kenyataan kepada Islam Online yang dia mempunyai bukti KERAjaan menyokong lobi Yahudi di Amerika dan sesetengah pihak di Israel.

"Memandangkan peranan Anwar dalam kebangkitan anti-Sematic dalam politik Malaysia, kami memohon semua pegawai Amerika menggantung sebarang hubungan dengan Anwar Ibrahim," kata surat pertubuhan Yahudi itu.

Sementara itu, pertubuhan ini jugalah yang menyalahkan Flotilla Gaza dan melabelkan Hamas sebagai pertubuhan pengganas. Bagi pertubuhan ini, Flotilla ini adalah satu provokasi oleh kumpulan pro-Hamas yang berlindung di sebalik bantuan kemanusiaan bertujuan untuk memusnahkan negara Yahudi yang dianggap mereka sah itu.

-HarakahDaily.Net

TPU - Kah kah kah kah kah...!!! U Help Me, I Help U..! U pay me RM77 Million for my advise, I cover u anytime u need me..! kah kah kah kah kah...!!!

Anwar ejen Yahudi..? kalau Anwar ejen Yahudi, kenapa Yahudi tolong "cover" KERAjaan 1Malaysia pimpinan Najib..? kah kah kah kah kah...!!! ini fitnah...!!!

Wah..! Yahudi dah mula berpakat dengan KERAjaan 1Malaysia "anti Yahudi" nak bantai Anwar "ejen Yahudi"..!

I Help U, U Help Me..!

Gaza: Kenyataan Rasmi MB Kelantan

Reactions: 
Bismillahir Rahmanir Rahim

Saya mewakili Kerajaan Kelantan dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Yahudi Israel yang menyerang kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza dan sehingga mengorbankan dua puluh (20) nyawa.

Konvoi ini dilaporkan membawa kira-kira sepuluh ribu (10,000) tan barangan bantuan, seramai lebih lima ratus empat puluh (540) orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk Ahli Parlimen, ahli akademik, ahli NGO petugas media, ulama’, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada lapan puluh tahun. Termasuk dalam rombongan tersebut juga ialah dua belas (12) orang rakyat Malaysia yang turut menjadi tawanan Yahudi Israel.

Sesungguhnya konvoi itu adalah bukan merupakan konvoi tentera dan tidak berangkat ke Gaza dengan tujuan ketenteraan, ia adalah misi kemanusiaan.

Paling penting ialah saya menyeru para ulama’ seluruh dunia dapat bangkit, tunaikan Solat Hajat dan mohon pertolongan Allah S.W.T. demi menyelamatkan umat Islam dan rakyat Palestin termasuk di Gaza.

Saya juga menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi teguran keras terhadap rejim itu. Saya juga menyeru agar Pertubuhan OIC dan negara-negara Islam turut menyertai bantahan ini bagi membuktikan kesungguhan membela nasib rakyat Palestin.

Hakikatnya tingkah laku biadab Israel ini berpunca dari kefahaman bahawa mereka merupakan bangsa yang terpilih dan mulia berbanding bangsa-bangsa yang lain. Bagi mereka, hanya mereka yang berhak hidup di bumi ini dan bangsa-bangsa lain hanyalah bertaraf hamba kepada mereka. Ekoran kefahaman sesat seperti inilah, mereka langsung tidak berasa bersalah melakukan kezaliman terhadap rakyat Palestin. Inilah bahayanya fahaman ‘asobiyyah melampau yang dianuti oleh Yahudi. Selagi fahaman kebangsaan melampau seperti ini menjadi anutan mana-mana pihak, keamanan tidak akan dapat dikecapi di bumi ini.

Oleh kerana itu, saya selaku Menteri Besar Kelantan akan menganjurkan satu Kuliah Pagi Jumaat, pada 21 Jamadil Akhir 1431 (lusa) khusus berhubung dengan isu tindakan tidak bertamadun rejim Israel itu. Disebabkan Kuliah Jumaat ini penting, maka kita akan adakan di pekarangan Stadium Sultan Mohd. Ke-IV, Kota Bharu.

Pihak Kerajaan Negeri juga akan mengadakan Solat Hajat berserta bacaan Qunut Nazilah ditempat yang sama. Maka saya harapkan kerjasama semua pihak, muslimin dan muslimat agar dapat hadir beramai-ramai sebagai tanda kita mengutuk perbuatan zalim Yahudi Israel itu dan dapat sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah demi keselamatan, keamanan dan kesejahteraan umat Islam dari kerakusan Yahudi – Israel.

Saya juga akan mohon kerjasama pihak Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) agar mengarahkan semua masjid di Kelantan menunaikan Solat Hajat dan bacaan Qunut Nazilah serta dapat menyediakan satu Khutbah Khusus mengutuk Israel/Yahudi untuk para khatib persembahkan kepada semua ahli jemaah Sembahyang Jumaat yang terdekat ini (lusa).


Terima kasih.

YAB TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Pejabat Menteri Besar,
Kota Darulnaim.
19 Jamadilakhir 1431
2 Jun 2010.