Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, June 05, 2010

Internet Di Malaysia 1 Jenaka...

Reactions: 
Tadi saya berada di Kota Damansara. Pelanggan saya itu menggunakan jalur lebar CELCOM. Ia serupa tahi. Kelajuannya sekejap naik dan sekejap turun. Gelombangnya juga sekejap tinggi dan sekejap rendah.

Streamyx? Tak payah ceritalah. Semua jalur lebar ini satu jenaka. Bila sebut Internet Malaysia ketahuilah ia satu jenaka buat saya.

Mujurlah saya ada dua jenis perniagaan. Satu agrikultur dan satu lagi IT.

Bila ada orang hubungi saya, cakap nak beli komputer. Saya kata nanti saya hubungi dia semula. Kerana saya tengah memandu.

Bila ada orang hubungi saya, cakap nak beli anti-virus. Saya kata nanti saya hubungi dia semula. Kerana saya tengah memandu.

Setiba di rumah, saya terlupa para pemanggil itu semua. Bukan kerana dah tua. Tetapi kerana lazat melayan pesanan untuk perniagaan agrikultur saya.

Ia tiada membabitkan Internet seperti perniagaan IT.

Kalau mahu saya lakukan bidang IT, baikilah jalur lebar tahi di Malaysia ini dahulu. Jika tidak, usahlah mimpi yang bukan-bukan.

Sekali lagi saya lebih minat melayan pelanggan agrikultur daripada pelanggan IT. Nasib anda semualah. Kalau nak Internet bagus, kita kena perhebatkan agrikultur dulu. Lepas ada duit esok baru negara kita boleh naik-taraf Internet kita.

Kata 2019 nak bankrap. Alang-alang nak bankrap kasi perang terus dengan Israel. Nanti Israel datang Malaysia bawa hadiah untuk kita. Kerajaan tak perlu umumkan negara akan bankrap. Kerana kerajaan Malaysia pun akan lenyap sekali dengan hadiah itu.

p/s: Kaboom!

-Hanief