Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, September 05, 2010

Pahang Negeri Kelahiran PM...

Reactions: 
Seorang ibu tunggal yang mempunyai anak kurang upaya (OKU) merayu bantuan mana-mana pihak bagi membolehkan mereka menyambut lebaran bakal menjelang dengan lebih ceria berikutan tidak mempunyai pendapatan tetap malah hidup dalam kedaifan.

Siti Zawiyah Ali, 40, yang tidak bekerja berkata, dia menjadi ibu tunggal sejak tiga tahun lalu selepas diceraikan suaminya dan terpaksa menanggung tiga anaknya yang masih bersekolah termasuk seorang OKU.

Beliau berkata, dia dan anak-anaknya tidak mampu membeli pakaian raya kerana tiada wang malah kehidupannya kini hanya mengharapkan sumbangan orang ramai selain menerima bantuan beras daripada pihak masjid.

“Saya sebelum ini menolong kakak berniaga nasi lemak di Masjid India dengan pendapatan RM19 sehari tetapi terpaksa berhenti berniaga buat sementara berikutan kedatangan Ramadan. Ada kalanya saya anak beranak terpaksa mengikat perut kerana tiada wang untuk membeli makanan sebagai juadah berbuka puasa,” katanya ketika ditemui.

Zawiyah yang berasal dari Pahang terpaksa memberikan perhatian kepada anak OKUnya yang tidak dapat menguruskan diri sendiri menyebabkan masanya terbatas untuk mencari pekerjaan.

Dia yang tinggal di rumah setinggan di Gombak berharap ada pihak sudi membantunya untuk membelikan baju raya buat anak-anaknya.

Individu atau syarikat yang ingin membantu Zawiyah bolehlah menghubunginya di talian 019-2182516 atau ke alamat No 847, Batu 4 3/4, Jalan Gombak, 53100, Selayang.

Sumber - myMetro

TPU - Bangganya aku jadi anak jati Kelantan Negeri yang miskin tapi jadi mangsa rompakan KERAjaan Pusat...

Selama aku merantau dulu, selalu aku jumpa anak-anak jati Kelantan yang ikut merantau mencari rezeki di Negeri lain, tapi tak pernah pulak aku jumpa anak jati Kelantan yang merantau hidupnya merempat macam kisah anak jati Pahang Negeri Kelahiran PM Malaysia ni...

Anak Jati Kelantan merantau, setahun sekali pulang bawak macam-macam kemewahan untuk keluarga di Kelantan, anak jati negeri lain..?

Terengganu Negeri Yang Kaya... Kelantan Negeri Yang "Miskin"...

Reactions: 
“Menyambut Aidilfitri dengan meriah memang tidak pernah terlintas di fikiran kerana setiap saat, saya hanya memikirkan kemungkinan dihalau dari pondok yang dibina di atas tanah tumpangan ini,” kata Mohd Riffin Hassan, 47, dari Pengkalan Maras, Mengabang Telipot, di sini.

Menurutnya, pendapatan sebagai pemandu bot penambang sebanyak RM16 hingga RM18 sehari tidak mampu menampung perbelanjaan isteri dan enam anaknya berusia enam bulan hingga 18 tahun yang masih di bawah tanggungannya.

Katanya, lebih memeritkan mereka sekeluarga, rumah yang dibina di atas tanah milik orang sejak 20 tahun lalu, berukuran lapan meter panjang dan enam meter lebar itu tidak mempunyai tandas dan bilik tidur.

“Sekiranya ingin membuang air, anak lelaki akan ke masjid berhampiran atau ke tepi pantai manakala bagi wanita, mereka ke rumah saudara atau jiran berdekatan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Mohd Riffin berkata, lebih menggusarkannya apabila dia tiga kali dimaklumkan oleh tuan tanah supaya keluar dari tanah tumpangan berkenaan.

Malah katanya, untuk mendapatkan bekalan elektrik, dia terpaksa menyambung punca bekalan itu daripada rumah kakak iparnya yang terletak di hadapan pondoknya dan berkongsi membayar bil.

Katanya, telur dan nasi juadah utama mereka sekeluarga berbuka puasa, namun mujur anak-anaknya memahami kesempitan hidup serta pendapatannya yang tidak seberapa sebagai pemandu bot penambang.

Mohd Riffin berkata, Aidilfitri tidak ubah seperti hari-hari biasa kerana dia sendiri tidak mampu melakukan persiapan untuk menyambutnya kerana kesempitan hidup meskipun mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyrakat RM400 sebulan dan sekiranya ada sedikit lebihan wang pun, ia akan digunakan untuk perbelanjaan keluarga.

“Bagi anak-anak saya yang kecil, ibu saudara mereka ada membelikan mereka baju raya berikutan saya tidak mampu membelikan untuk semua anak-anak saya,” katanya.

Menurut Riffin, isterinya Che Kembang Mamat, 37, seorang suri rumah dan selain menyara enam anak, dia turut menyara seorang adik isterinya yang bisu.

Sumber - myMetro

TPU - Terengganu..?

Terengganu Negeri yang kaya dengan hasil Minyak dan Gas tapi rakyatnya miskin...

Kelantan Negeri yang "miskin" tetapi rakyatnya Kaya... yang aku heran, KERAjaan Pusat yang dok war-warkan Kelantan "Negeri yang miskin" selama beberapa tahun ni kerjanya hanya merompak hasil Minyak dan Gas Negeri Kelantan yang miskin...

Kes pertama di Malaysia dan mungkin jugak di dunia - SiKaya merompak SiMiskin...