Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, September 18, 2010

Wartawan & Ulama' 1 Tujuan - TGNA

Reactions: 
Tugas yang dipikul oleh dua golongan iaitu Ulamak dan Wartawan adalah sama dan kedua-duanya akan dipersoalkan di Akhirat nanti, Cuma caranya berbeza, demikian dijelaskan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika meraikan para petugas media dalam majlis Dialog Menteri Besar bersama Wartawan malam tadi bertempat di salah sebuah hotel di sini.

Seramai 30 wartawan dari pelbagai media hadir dalam majlis tersebut.

Nik Abdul Aziz menegaskan bahawa dua golongan ini mempunyai cara penyampaian ilmu kepada masyarakat dan masyarakat akan menerimanya.

Beliau juga menegaskan kedua-dua kumpulan ini juga mempunyai golongan yang jahat iaitu wartawan dikenali sebagai Wartawan Upahan dan Ulamak pula dikenali sebagai Ulamak Palsu dan mereka inilah yang merosakan masyarakat dengan cara penyampaian masing-masing.”

Turut hadir ialah Pengarah beberapa Urusetia Kerajaan lantikan Politik seperti, Urusetia Penerangan Abdul Rahman Yunus, Pengarah Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Zainiah Abdul Halim, Pengarah Tabung Tok Kenali Mohd Khir Zahari, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ladang Rakyat Dr. Hj. Nazmi bin Hj Ghazali Azmi dan Ketua Pengelola Halaqat Negeri Abdullah Razak

Nik Aziz berkata Wartawan menggunakan tulisan dan ulamak pula melalui ceramah, mengajar maupun menyertai politik dan wartawan bergerak selari dengan golongan ulamak iaitu menyampaikan apa yang disebut oleh ulamak dan sekiranya penyampaiannya salah, masyarakat yang akan menerima kesannya.

“Ulamak lahir semenjak zaman Nabi manakalah wartawan lahir di zaman eropah dan ada yang mengatakan dari China, namun tugas dua golongan ini adalah sama dan golongan ini akan dipersoalkan di Akhirat nanti akan setiap perbuatan dan penulisan yang mereka lakukan di dunia ini”katanya lagi.

Beliau juga berharap wartawan masa kini dapat membuat keputusan sendiri dalam membuat laporan berita dan dalam konteks negara Malaysia, banyak media arus perdana tidak melaporkan perkara yang sebenar terutamanya apabila berkaitan dua kumpulan besar iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

“Kita lihat di negara kita kini, media arus perdana begitu takut untuk melaporkan perkara sebenar, oleh itu saya rasa wartawan yang hadir malam ni kena fikir balik dan jangan lagi duduk dalam akhbar yang bersekongkol dengan pemimpin yang rasuah dan politik dunia semata-mata”ujar beliau lagi.

Di majlis tersebut juga Menteri Besar membuat perbandingan dua akhbar arus perdana di mana ada yang hanya menyiarkan berita dari pihak kerajaan pusat sahaja dan satu lagi menyiarkan bagi kedua-dua pihak dan rakyat Kelantan kini semakin kurang memilih akhbar yang hanya berpihak kepada satu pihak sahaja.

Semasa sessi dialog dibuka, wakil akhbar Utusan Malaysia, Sinar Harian, Bernama, Harakah , Sin Chew Daily dan Astro Awani mengambil bahagian untuk bertanyakan pelbagai isu dan dijawab mesra oleh Menteri Besar.

Di antara isu yang dibangkitkan ialah ada akhbar arus perdana yang seolah-olah dipinggirkan dalam program Menteri Besar dan kesukaran mendapat maklumat tepat dari pihak kerajaan negeri dalam pelbagai isu.

Nik Aziz ketika menjawa persoalan tersebut berkata mereka bukannya dipinggirkan tetapi mereka sendiri yang menjauhkan diri dari berhadapan dengan kenyataan yang sebenar.

“ Saya tahu wartawan ni pada hakikatnya menulis apa yang dilihat sendiri tetapi maklumlah bila kerja dengan akhbar milik Pusat, apa yang dibuat oleh kita serba tak kena dan susahlah mereka nak laporkan perkara sebenar, saya rasa cukuplah kerja dengan mereka ni , buat kerja secara jujurlah sebab di akhirat nanti akan ditanya semua ni”katanya lagi.

Sumber - GegarKelantan.net