Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, September 22, 2010

Harga Petrol: Dalam Diam KERAjaan Pusat Merompak Lagi..!

Reactions: 
Siapa perasan? Siapa yang sedar? Mungkin taukey minyak tahu. Sibuk sangat kita dok bace kisah Datuk Sosilawti kena bunuh, kena songlap duit berjuta, rupanya kerajaan BN dalam senyap menaikkan harga minyak masa dekat raya baru-baru ini.

Kerajaan BN dah macam penyamun tarbus. Rakyat sedang sibuk berposa. Sedang sibuk menguruskan persiapan raya. Sedang memandu untuk pulang berhari-raya… alih-alih tup! Dinaikkan minyak. Takde sepatah haram pun berita dalam surat khabar ke? Pengumuman di Media TV akhbar ke? Yang ada pengumuman Hari Raya lepas tu dok pusing sampai hancur cerita pembunuhan kejam Datuk Sosilawati. Tapi tahukah kita Kerajaan BN ini menjadi pencekik darah secara senyap. Para pemimpin membuat keputusan dan tindakan dalam selimut seolah-olah Negara ini mak bapak dia yang punya. Apa peduli dia kepada kesusahan rakyat.

Bagi Umno apa dia kisah harga minyak naik ke tidak. Penulis sendiri pun dok isi minyak tak perasan. Itupun setelah sahabat memberitahunya dan ditunjukkan resit pembayaran minyak samada diesel dan petrol sudah dirembat oleh Kerajaan BN kenaikan 0.5 sen setiap satu liter. Bagi penyokong UMNO mungkin tak kisah. 5 Sen pun bising ke? Tetapi berapa banyak penggunaan minyak sehari di Malaysia?

Jika merujuk Statistical Review of World Energy yang dikeluarkan oleh British Petroleum, penggunaan minyak di Malaysia juga menunjukkan peningkatan sehingga 499 ribu tong sehari pada tahun 2006. Sekarang 2010 sudah pasti dah lebih. Letaklah 500ribu tong sehari X 159 X 5 sen ( 1 tong = 158.987 liter). Hah RM3,975,000.00!

Tapi siapa yang sedar? NGO PROTES yang selalu protes harga minyak naik pun tak sedar. Apatah lagi penyokong UMNO.Bagi pendokong UMNO memang bersyukur dengan segala tindakan pemimpinnya mungkin sujud syukur kot. Nak cari macammana pemimpin bijak seperti pemimpin UMNO-BN yang memerintah kini. Kalau tanya pemimpin UMNO pasti jawapannya: "RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik." Hah... nasib ko le Labuuu....

Bagi rakyat ada dua pilihan sahaja. Samada lingkupkan kerajaan UMNO-BN dalam pilihanraya ke-13 nanti dan kita sama-sama martabatkan kerajaan PR di Putrajaya atau pilihan kedua buat seperti pakcik ni. Diam aje. Tak menyusahkan orang. Biarlah UMNO memerintah sampai kiamat!

Sumber - Ustaz Saiful Bahri

Pemasyuran Penggunaan Gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan

Reactions: 
PENGEDARAN ISTANA BILANGAN 2 TAHUN 2010

PERKARA 1: PEMASYHURAN PENGGUNAAN GELARAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL-SULTAN KELANTAN

Adalah dimaklumkan bagi pengetahuan Kerabat-Kerabat D'Raja, Orang-Orang Besar Negeri, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Dewan Negara dan Dewan Rakyat, Ketua-Ketua Jabatan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Badan Berkanun Negeri, Badan Berkanun Persekutuan, Pegawai-Pegawai Kerajaan, Badan-Badan Bukan Kerajaan dan sekalian orang ramai bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan telah mengampuni perkenan menggunakan Gelaran: KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD KE-V AL-SULTAN KELANTAN

2. Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa sebarang panggilan kepada KDYMM Tuanku adalah menggunakan gelaran tersebut. Saya berharap tidak ada lagi mana-mana pihak yang keliru dan menggunakan gelaran yang berbagai-bagai dalam sebutan atau penerbitan masing-masing.

3. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerabat-Kerabat D'Raja, Orang-Orang Besar Negeri, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Dewan Negara dan Dewan Rakyat, Ketua-Ketua Jabatan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan, Badan Berkanun Negeri, Badan Berkanun Persekutuan, Pegawai-Pegawai Kerajaan, Badan-Badan Bukan Kerajaan dan sekalian orang ramai di atas kerjasaman yang telah diberikan kepada Pejabat Sultan Kelantan sehingga istiadat pemasyhuran telah selamat disempurnakan pada 4 Syawal 1431H bersamaan 13 September 2010.

4. Saya berdoa semoga Allah S.W.T. memberi taufik, hidayah dan keberkatan kepada KDYMM Tuanku Al-Sultan dan sekalian Kerabat D’Raja.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Yang Menjunjung Titah Perintah,

(Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Hamad)
Pengelola Istana D’Raja Merangkap Ketua Istiadat Kelantan

PEJABAT SULTAN KELANTAN,
ISTANA BALAI BESAR,
KOTA BHARU,
KELANTAN.

04 Syawal 1431H bersamaan 13 September 2010
[Ps.Kn.Pro/11/95(33)]

PERKARA 2: KENYATAAN MEDIA PEJABAT SULTAN KELANTAN

Assalamu'alaikum w.b.t.

1. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sebahagian besar pihak media yang telah memberikan kerjasama yang begitu baik kepada Pejabat Sultan Kelantan dengan liputan yang baik mengenai pelantikan dan pemasyhuran Al-Sultan Kelantan yang baru pada 13 September 2010. Ini adalah satu sejarah yang paling penting bagi negeri Kelantan yang berlangsung di Istana Balai Besar. Istana Balai Besar ini menjadi Pusat Pentadbiran Kelantan dan Pusat Bandar Kota Bharu. Ianya dibina pada tahun 1844.

2. Ekoran daripada pemasyhuran yang telah dibuat itu, satu Pemasyhuran Pengunaan Gelaran telah dibuat oleh Pejabat Sultan Kelantan yang menyatakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan telah mengampuni perkenan menggunakan Gelaran: KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD KE-V AL-SULTAN KELANTAN

Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa sebarang panggilan kepada KDYMM Tuanku adalah menggunakan gelaran tersebut.

3. Bacalah Perlembagaan Negeri Kelantan dan fahamilah, sekiranya masih tidak faham rujuklah kepada pakar dalam bidang berkenaan. Jangan beri pandangan yang tidak berpandukan kepada fakta yang mutakhir. Rujuklah kepada Perkara 23A mengenai “Pelucutan Takhta”, Perkara 26 mengenai “Gelaran” dan Perkara 3(2) mengenai pindaan Perlembagaan sebagaimana yang ditegaskan sebelum ini “bolehlah dipinda oleh Yang Maha Mulia dengan Perwawai yang dikeluarkan dengan pesertaan dan persetujuan Majlis Penasihat Raja, tetapi tidaklah boleh dipinda dengan mana-mana jalan yang lain“. Ini ditegaskan beberapa kali oleh Setiausaha Majlis Perajaan Negeri. Saya tidak boleh memberi ulasan panjang mengenai perkara ini kerana ia telah menjadi kes mahkamah.

4. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin negeri dan negara seperti Menteri Besar Kelantan Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Tan Sri Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Pakar Perlembagaan di Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Rohimi Shapiee dan pihak-pihak tertentu yang telah memberi pandangan dan sokongan mengenai perkara ini.

5. Tuanku Al-Sultan pernah bertitah bahawa Baginda memikul amanah Paduka Ayahanda untuk mentadbir negeri dengan berhemah dan menjaga kebajikan rakyat jelata. Pesanan itu menjadi pegangan dan prinsip hidup Tuanku Al-Sultan yang baru dan di sinilah letaknya “barakah” yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T.

6. Saya dan pegawai-pegawai serta kakitangan Pejabat Sultan Kelantan berasa sebak dan menitiskan air mata kegembiraan di atas keizinan Allah S.W.T. kerana telah memberikan penyelesaian di atas isu yang berlarutan sekian lama. Saya terharu dengan sokongan dan harapan yang diberikan oleh rakyat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Kelantan yang baru. Saya dan pegawai-pegawai serta kakitangan Pejabat Sultan Kelantan tidak terasa letih walaupun terpaksa bertugas sepanjang masa tanpa rehat demi untuk mencari kebenaran dan keredhaan Allah S.W.T.

7. Marilah kita kembali ke jalan yang benar. Kita bertaubatlah jika ada apa-apa kesilapan yang kita telah lakukan. Rakyat tahu menilai mana yang baik dan buruk. Terimalah ketentuan Allah S.W.T. Ianya ada hikmah Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana.

Sekian.

Wabillahitaufik Walhidayat Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima Kasih

DATO’ HAJI ABDUL HALIM BIN HAJI HAMAD
Pengelola Istana D’Raja

Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan
Bertarikh: 22hb September 2010

RM4 Billion Di Sebelah Pasaraya Billion...

Reactions: 
Kelmarin kecoh kununnya PAS Kelantan dapat "sumbangan" peribadi berjumlah RM4 Billion dari seorang lelaki yang mengaku Trilliawan. aduihhh... gila... aku bila sebut angka 4 ni memang cukup-cukup fobia... teringat dekat kawan lama Syeikh dengan RM4 juta...

Pagi ni ada sorang kawan dari KL telipon... katanya - "apa ngko tau pasal RM4 billion..?"... aku jawab - "aku tak nak banyak... aku nak dalam RM30,000.00 je nak upgrade kamera aku... lama sangat dah aku dok berangan nak pakai Nikon D3x... kalau dapat RM30,000.00, boleh la aku shopping Nikon D3x complete dengan lens lemang 70-300mm f2.8 ngan lain-lain gadget tahap dewa photojournal, lepas tu blh la aku apply kerja dengan NatGeo..."... hahaha...!!!

Jadi kita cerita sikit-sikit dah la...

Setakat-takat yang aku tau la... menda alah RM4 Billion tak pernah wujud... replika check tu memang wujud dan nilainya sama macam replika check yang Najib PM bagi dekat MB Terengganu Mat Said dulu... maknanya nilainya ialah RM0 (telorrr)... kes ni sama macam kes Jutawan Lebanon dulu...

Kesimpulan paling mudah - Jutawan yang bagi "sumbangan" dekat PAS Kelantan semalam levelnya sama dengan PM Najib dan jugak Jutawan Lebanon... dalam kira-kira matematik politik nilainya ialah tak de nilai... hehehe... PM Najib memang tak de nilai geng... bagi free pun mahal..! hahaha...

Lagi pulak... semua projek-projek pembangunan bernilai Trillion-trillion yang diwar-warkan tu tak pernah wujudpun... Kerajaan Negeri Kelantan tak pernah luluskan mana-mana projek macam yang diwar-warkan setakat ni...

Yang ada hanyalah kertas cadangan/proposal... ya... Trilliawan kita ni sebenarnya baru masuk level nak melobi-lobi... baru propose dekat Kerajaan Negeri projek-projek tu semua. tak tau pulak aku ikut pemikiran mana bila propose tu maknanya dah lulus... tak yah mesyuarat, tak yah kira bajet ke apebende... main tibai je...

Eh... Dato' KJ kita (Ahli Parlimen Tumpat) pun tak tau ada projek nak naik dekat Tumpat ma...

Kot-kot la kalau-kalau Trilliawan kita ni terbaca posting aku ni, ada baiknya dia siapkan keping-keping wang kertas berjumlah RM30,000.00 sahaja dekat aku sebagai "sumbangan" peribadi supaya dapat aku mengupgrade kamera aku ketahap kamera Dewa-dewa Photojournal... hahaha... nanti wa ambik lu punya gambar lawa-lawa maaa...!!!

Baca pulak tulisan bekas "mangsa" Trilliawan kita dekat bawah:
Aku berpengalaman setahun ditipu dan diperbodohkan oleh CEO/MD syarikat ini yang masa itu beroperasi di "coffee house" hotel KL International kat Jalan Chow Kit, dalam cuba menyelesaikan masaalah aku. Bukan aku saja bahkan 90% kontraktor kontraktor Bumiputera Class A masa itu pun turut kena kencing (Boleh tanya kebanyakan kontraktor kontraktor Class A ini untuk kepastian).

Masa itu (tahun 2005) "group" ini di kepalai oleh seorang yang menggelar dirinya MANDATE AND TRUSTEE Of Federation Goverment Of Malaysia (sila Google untuk keterangan) iaitu Haji Supandi Bin Mohamad. Group ini masa tu mengagih agihkan semua projek projek di bawah RMK9 kepada kontraktor Class A Bumiputera konon nya atas arahan Perdana Menteri.

Aku tiada kena mengena dengan pengagihan "projek RMK9" ini tapi turut membantu menyelaras temujanji kontraktor kontraktor ini dengan Supandi Mohamad. Sebab itu aku tahu ramai kontraktor yang terkena kencing. Jangan kata kontraktor, bekas Pengarah Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) masa tu pun terpedaya (bolih tanya dengan yang punya badan).

Dan yang paling hebat Pak Lah pun kena. Pak Lah yang baru mengambil alih jawatan dari Tun Mahathir blurr tentang kewujudan susuk tubuh yang menggelar dirinya "Mandate And Trustee"ini. Aku bertanggung jawap menghantar "Watikah" perlantikan "Mandate And Trustee" ini ke pejabat Perdana Menteri masa itu. Kelakar gila bila aku kenangkan kembali kisah ini.

Masa itu group ini beroperasi diatas nama Kri Development Sdn Bhd (sila check dengan SSM), dan kononnya bertanggung jawap keatas projek segitiga Indonesia-Malaysia-Thailand IMT-GT yang bernilai 1.5 trillion USD (Wowwww...he he).

Jadi bila aku terbaca pasal Kerajaan Negeri Kelantan award projek bernilai 300b kepada "group" ini tak lah aku excited sangat. Tambah tak excited bila group ini pulak menyumbang 4b kepada PAS. Wakaka..wakaka.

SEBAB..

Billion dan Trillion memang mainan bibir mereka. Juta juta tak main lah adik oi.. Seingat aku semasa setahun buang masa dengan "mangkuk mangkuk" ini mereka claim menguruskan "dana" sebanyak 33.8 trillion USD. (Mandate And Trustee lah katakan), tapi habuk pun tarakk.

Aku masih ingat lagi dinasihatkan oleh pihak SB supaya menjauhkan diri dari group ini 3 minggu sebelum polis rush hotel ini dan angkut mereka semua dengan terak. Nasib...

Kalau tidak aku pun sekali makan nasi lock up.

Sekitar 2008 aku ada singgah jumpa Mohamad Sobri Din di pejabat Ida World di Kelana Jaya atas pelawaan beliau. Masa nak masuk pejabat aku tenguk pintu dan dinding penuh dengan "cat merah". Bila aku tanya dia tersengeh menjawap, "Biasa lah Along"., dan masa itulah aku dapat tahu Supandi Mohamad dah meninggal dunia kerana sakit jantung. Aku tanya Sobri, "Sekarang Mandate/Trustee dah tak ada, awak lah pengganti?", dia tidak menjawap tapi tersengeh.

Itulah kali terakhir aku berjumpa Sobri dan melawat pejabat Ida World Group.
TPU - Yang betulnya check RM4 Billion tu diserahkan dalam 1 Majlis di Hotel Rennaisance bersebelahan dengan Pasaraya Billion... kah kah kah kah kah...!!!

Post ini berharga RM30,000.00. Jika mahu post di atas dipadamkan, sila emel saya bagi mendapatkan butiran akaun bank saya (aku tiru Hanief... hehehe...).

Penjelasan Kedudukan Perkahwinan Sultan Ismail Petra

Reactions: 
1. Sukacita kami menegaskan di sini bahawa perkahwinan di antara Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Cik Puan Elia Suhana Ahmad yang berlangsung pada 13 Zulhijjah 1428H bersamaan dengan 23 Disember 2007M adalah satu perkahwinan yang sah di sisi hukum syarak dan undang-undang.

2. Hasrat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra untuk mengahwini Cik Puan Elia Suhana lahir daripada hati sanubari Baginda sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak sekalipun: Perkenalan di antara mereka bermula dari inisiatif Baginda sendiri manakala segala komunikasi di antara mereka berdua juga turut dibuat secara terus.

3. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra amat menyayangi Cik Puan Elia Suhana kerana, selama mereka berkenalan dan berada di dalam alam perkahwinan, Cik Puan Elia Suhana menunjukkan ketulusan hati yang tinggi dan tidak pernah meminta sebarang apa pun dari Baginda, sama ada yang membabitkan harta, pangkat ataupun kedudukan.

4. Sepanjang tempoh perkahwinan di antara Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra dan Cik Puan Elia Suhana ini juga, Cik Puan Elia Suhana mahupun ahli-ahli keluarga beliau yang lain juga didapati tidak pernah menggunakan nama Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra untuk memperolehi apa-apa kelebihan dari mana-mana pihak.

5. Tindakan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra mengahwini Cik Puan Elia Suhana merupakan satu tindakan terpuji yang menggambarkan kesedaran tinggi Baginda untuk mengamalkan corak kehidupan yang dikehendaki oleh ajaran agama di samping turut menggambarkan keberanian Baginda mengambil risiko demi menegakkan kebenaran.

6. Adalah satu perkara yang telah menjadi rahsia umum (open secret) bahawa terdapat pihak yang menjadi histerikal apabila soal perkahwinan di antara Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra dan Cik Puan Elia Suhana diketahui sedangkan perkahwinan ini sepatutnya diterima dengan baik oleh semua pihak kerana ia merupakan satu sunnah.

7. Akibat tidak dapat menerima hakikat perkahwinan di antara Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra dan Cik Puan Elia Suhana ini, pihak ini telah berusaha untuk memisahkan pasangan suami isteri ini berdua melalui pelbagai cara, termasuklah dengan menghebahkan kononnya telah berlaku perceraian talak tiga di antara mereka berdua.

8. Kesedaran beragama yang tinggi di dalam diri Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra, kasih sayang mendalam Baginda terhadap Cik Puan Elia Suhana dan ketidakupayaan Baginda membuat keputusan sendiri sejak mengalami kegeringan bagaimanapun menjadikan perceraian talak tiga ini suatu perkara yang amat mustahil.

9. Di dalam keadaan kegeringan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra sekarang, semua pihak perlulah mengenepikan emosi masing-masing dan menumpukan seluruh perhatian mereka bagi memastikan kebajikan Baginda sentiasa berada pada tahap yang terbaik sekaligus bagi memungkinkan pemulihan Baginda berlaku dengan lebih cepat.

10. Termasuk di dalam perkara ini adalah kebajikan kasih sayang dari isteri-isteri Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra di mana Baginda tidak seharusnya dinafikan dari memperolehi kasih sayang kedua-dua isteri Baginda manakala Cik Puan Elia Suhana juga tidak seharusnya dinafikan haknya untuk mencurahkan kasih sayang kepada Baginda.

11. Di dalam keadaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra tidak lagi berupaya untuk mencurahkan apa-apa harta, pangkat ataupun kedudukan, sementelahan pula Cik Puan Elia Suhana sendiri tidak pernah pun meminta-minta ke atasnya, beliau tidak seharusnya terus dizalimi dengan tidak dibenarkan untuk bertemu dengan suami yang tersayang.

12. Kami percaya, selaku seorang isteri yang telah terbukti baik, tiada apa lagi yang dikehendaki oleh Cik Puan Elia Suhana dari Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra melainkan untuk mencurahkan kasih sayangnya kepada Baginda di saat-saat Baginda amat memerlukan segala curahan kasih sayang dari semua pihak untuk kembali pulih.

13. Apakah kita tidak dapat menyelami betapa remuknya hati seorang suami yang, di dalam keadaan sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa, telah dinafikan haknya untuk memperolehi curahan kasih sayang daripada seorang isteri yang dipilih dan direstui sendiri olehnya untuk hidup bersamanya sewaktu beliau masih di dalam keadaan sihat?

14. Apakah kita tidak dapat menyelami betapa remuknya hati seorang isteri yang diasingkan dari suami yang tersayang sedangkan dia mengetahui suaminya masih menyayanginya? Seorang isteri yang baik akan merasa berdosa jika tidak dapat mencurahkan kasih sayang kepada suaminya tetapi tidakkah pihak yang menghalangnya dari berbuat demikian turut merasa berdosa sama?

15. Sekali lagi ingin ditegaskan bahawa perkahwinan di antara Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra dan Cik Puan Elia Suhana adalah satu perkahwinan yang sah di sisi hukum syarak dan undang-undang. Sehingga ia diisytiharkan sebagai tidak sah oleh mahkamah syariah maka hak-hak mereka sebagai suami isteri tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak.

16. Kita selaku seorang hamba yang lemah perlu sentiasa menyedari bahawa kita tidak akan mampu untuk memastikan kita memperolehi setiap keinginan yang kita cita-citakan sebagaimana kita juga perlu sentiasa menyedari bahawa kasih sayang itu tidak akan mampu untuk dibeli melalui harta benda (malah melalui apa-apa amalan perbomohan pun).

17. Kepada semua pihak, sukalah diingatkan supaya, sebagaimana kita juga perlu menerima tindakan Cik Puan Manohara Odelia Pinot lari meninggalkan Tengku Temenggong Kelantan sebagai satu takdir, menerima hakikat perkahwinan di antara Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra dan Cik Puan Elia Suhana sebagai satu ketentuan dari Ilahi.

18. Firman Allah di dalam Surah al-Anfal (Ayat 63): “Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara (perasaan) hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau membelanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara (perasaan) hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (perasaan hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”


Sumber - The Kelantan Insider

Penyokong BN Kantoi Mencuri... Kah Kah Kah Kah Kah...!!!

Reactions: 
Kan aku dah cakap... yang jahat tu semua dari BN..!

Kah kah kah kah kah...!!!

Analisa Sejarah Politik Moden 16 September - Shaharul Shafie

Reactions: 
Pada tahun ini, tarikh 16 September mulai melakar sejarahnya kerana menjadi cuti umum seluruh negara yang pertamanya tahun ini bagi meraikan pembentukan Malaysia yang wujud sejak tahun 1963 dengan penggabungan negeri-negeri baru Sarawak, Sabah dan Singapura. Mungkin sudah hampir seminggu kita menyambut Hari Malaysia, artikel saya kali ini sekadar meninjau semula signifikan akan tarikh itu dengan iklim politik perdana yang akhirnya tarikh ini diiktiraf sebagai hari cuti kebangsaan tahun ini seluruh negara.

Malaysia yang juga dibentuk atas keperluan bekas penjajah British yang tidak mampu mengawal jajahan mereka di sebelah rantau sini dan juga ancaman komunis menyaksikan Singapura telah diminta meninggalkan Malaysia pada tahun 1965 di atas beberapa sebab. Perdana Menteri ketika itu, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj terpaksa menerima hakikat tersebut bagi menjaga ketenteraman kaum dan kontrak sosial ketika itu. Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa antara sebab utama pemisahan tersebut adalah bagi menjaga nisbah kaum di dalam negara ketika itu kerana jumlah penduduk kaum Cina ketika itu dikatakan hampir menyamai jumlah penduduk bangsa Melayu.

Bukan hanya bersebabkan nisbah itu sahaja dan propaganda komunis, tetapi keadaan selepas itu telah menyebabkan pihak tertentu di Singapura dan bandar-bandar besar mengambil kesempatan yang cuba mengapi-apikan perkauman dan mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu. Walaupun Singapura meninggalkan kita pada tahun 1965, klimak daripada sikap dan perasaan itu yang terbawa-bawa telah akhirnya membawa kepada tragedi 13 Mei 1969 sebaik sahaja pilihanraya umum.

Cuti pada hari Khamis lepas tidak dinafikan sebagai satu contoh kejayaan Pakatan Rakyat (PR) di dalam mendesak kerajaan pusat yang dikuasai oleh Barisan Nasional (BN) untuk mengiktiraf hari tersebut sebagai hari penting dalam negara. Untuk sampai ke saat ia mendapat taraf cuti umum seluruh negara, amat sukar sekali bagi PR untuk laluinya walaupun terpaksa melalui satu insiden politik yang dimulakan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja negara memilih kerajaan baru pada bulan Mac 2008. Memang ramai menganggapnya ianya berakhiran sebagai penipuan tetapi bagi saya, ia merupakan peristiwa penting yang berkaitan rapat dengan semangat 16 September ini.

Saya berkira pembaca masih ingat lagi apa yang saya maksudkan di atas. Ketika itu apabila Anwar menghangatkan suasana politik tanah air beberapa bulan selepas PRU tersebut dengan mendakwa akan ada antara 20-30 orang ahli Parlimen BN yang dijangkakan akan menyertai parti-parti komponen PR yang secara tidak langsungnya akan membentuk kerajaan pusat secara majoriti mudah menjelang tarikh keramat 16 September 2008. Walaupun begitu, usaha tersebut tidak menjadi tetapi impak semasa countdown ke tarikh itu sejak sebulan sebelum itu amat memeritkan bukan sahaja bagi pemimpin-pemimpin PR tetapi juga BN. Lebih-lebih BN, yang baru terduduk dengan tsunami politik yang pertama pastinya tidak mahu lagi ombak kedua melanda.

Ketika itu, dilaporkan BN berada dalam keadaan bersiap sedia kerana timbulnya perasaan dalam hati masing-masing ahli Parlimen BN yang tunggu dan lihat seolah-olah dakwaan Anwar itu satu ancaman yang besar. Tetapi di dalam media massa nasional, pemimpin BN terpaksa menunjukkan hipokrit dengan menunjukkan rupa luaran mereka bagi menyakinkan rakyat bahawa dakwaan Anwar itu tidak benar sama sekali. Ahli-ahli Parlimen BN ketika itu ada masanya berada dalam suasana tidak percaya-mempercayai sesama mereka kerana bimbang rakan yang sebentar tadi ahli Parlimen BN yang makan tengah hari dengannya akhirnya mungkin makan pagi di meja yang lain kononnya.

Walaupun akhirnya dakwaan dan usaha Anwar itu terus membuntu selepas 16 September 2008 tetapi kita tidak dapat menolak bahawa gara-gara Anwar berkata demikian dengan disanggupi oleh rakan-rakannya dalam PR yang lain, suasana tegang di kalangan pemimpin BN sebelum tarikh janji Anwar itu turut terbawa-bawa selepas tarikh itu. Pemimpin kanan melakukan yang terbaik bagi mengawal kerosakan imej di media-media nasional.

Sesungguhnya juga tarikh 16 September ini juga yang telah diiktiraf sebagai cuti umum bukan sahaja mengenai mengenang pembentukan Malaysia tetapi juga boleh dikatakan bagi mengenang satu keadaan politik yang tertekan gara-gara dakwaan Anwar tersebut secara sinisnya. Rakyat marhaen tidak akan lupa akan tarikh itu kerana ketika itulah ahli-ahli Parlimen BN berada pada tahap ketegangan yang paling menggerunkan dalam sejarah sejak kali terakhirnya ketika Umno diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1988 oleh Hakim Allahyarham Tan Sri Harun Hashim gara-gara konflik dua kumpulan bertelagah di dalam Umno itu sendiri.

Melihat kepada pengisytiharan 16 September sebagai cuti umum juga, kerajaan pusat kini akhirnya akur dengan desakan pemimpin PR. Hasil ini diibaratkan sebagai satu contoh bahawa perlunya pasukan pembangkang yang kuat di dalam Dewan Rakyat dan tidak perlunya parti pemerintah terdesak mendapatkan 2/3 jumlah kerusi di dalamnya. Biar riuh-rendah Dewan Rakyat, asalkan apa-apa usul dibicarakan dan dibincangkan dengan sebaik yang mungkin bagi yang terbaik untuk rakyat akhirnya. Dewan tidak perlu lagi seperti dahulu menjadi cop bagi melaksanakan apa yang diinginkan kerajaan tetapi tidak dimahukan rakyat.

Ingatlah! Jangan lupa akan apa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang acapkali menasihati kepada rakan-rakannya dalam BN dengan berkata ‘Zaman kerajaan tahu segala-galanya sudah pun berakhir’. Biarlah bertekak dan riuh-rendah dalam dewan sampai tengah malam sekali pun, asalkan jangan sampai ada kerusi yang terbang, cedera dan berbunuh-bunuhan, cukuplah. Kalaupun paip-paip baru yang dipasang atas bumbung Dewan pecah dan mengalir airnya kerana kehangatan perbahasan, biarkanlah, itulah tandanya wakil rakyat kita yang sudah sedari jawatan mereka bukannya kerja tetap tetapi tanggungjawab kepada rakyat.

Kembali kepada kisah-kisah lampau sebelum tarikh ini diisytihar cuti umum, kita masih ingat lagi apabila media-media nasional dan pemimpin-pemimpin kerajaan pusat yang pernah menolak inistiatif kerajaan PR bulat-bulat bagi menjadikan tarikh tersebut cuti umum. Antaranya ialah kenyataan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek di dalam Utusan Malaysia pada 3 September 2008 yang menuduh PAS sebagai hipokrit kerana menyokong cuti umum itu sebagai memperbaiki kesilapan masa lampau Pas Kelantan yang didakwa Shabery menentang usaha Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman dan pemimpin terdahulu supaya dapat dilupakan begitu sahaja.

Untuk makluman pembaca, kenyataan itu dilakukan oleh Shabery sehari selepas Anwar mencadangkan supaya pimpinan pembangkang di lima negeri yang dikuasai pakatan pembangkang mengisytiharkan 16 September ini sebagai cuti umum pada negeri masing-masing ketika berucap semasa majlis kesyukuran sempena kemenangannya dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di tapak Ekspo Seberang Jaya.

Manakala pada hari yang sama juga, Timbalan Menteri Sumber Manusia ketika itu, Datuk Noraini Ahmad menyifatkan cadangan pemberian cuti umum pada 16 September tidak sesuai kerana negara ini sudah pun mempunyai cuti kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos. Bukan itu sahaja, Noraini mendakwa pemberian cuti umum yang terlalu banyak tidak elok untuk produktiviti pekerja.

Pada 4 September 2008 juga, Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong mendakwa Anwar cuba menarik perhatian masyarakat di kedua-dua negeri itu dengan sengaja menjadikan tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan sebagai agenda perjuangannya. Selain itu, lidah pengarang Utusan Malaysia sehari sebelum itu pula secara sinisnya mendakwa Anwar sangat teruja dengan tarikh itu supaya rakyat mengingati tarikh tersebut kerana kononnya Anwar bakal merampas kuasa pada tarikh tersebut.

Walaubagaimanapun, akhirnya tarikh bersejarah ini telah disepakati untuk dijadikan cuti umum Malaysia yang baru oleh kerajaan pimpinan Najib. Seperti yang saya nyatakan tadi, bagi rakyat Malaysia, tarikh itu bukan sahaja mengenai pembentukan Malaysia tetapi juga mengingati satu harapan baru oleh Anwar yang mendakwa mempunyai cukup ahli Parlimen bagi menakluk Putrajaya yang akhirnya terpaksa dilupakan. Yang baiknya mengenai ’cita-cita’ Anwar itu ialah ia memberi satu gambaran bahawa apa sahaja boleh berlaku dan perubahan boleh berlaku dan yang buruk mengenainya ialah akhirnya cita-cita itu berakhir dengan kegagalan bagi menakluk Putrajaya di kalangan pemimpin PR. Bagi kerajaan BN, jika masih berkuasa beberapa tahun akan datang, setiap kali tarikh 16 September tiba, pastinya kegerunan ancaman kehilangan kuasa pasti akan teringat juga. Dan bagi Anwar dan rakan-rakannya, ingatilah tarikh itu sebagai satu pengajaran yang berguna untuk tidak diulangi lagi di masa akan datang.

*Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik dan program pembangunan organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan perkembangan semasa dan selepas pilihanraya kecil di Sibu dan Hulu Selangor baru-baru ini yang diterbitkan di dalam KLToday.com. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com