Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, July 06, 2011

Najib Tun Razak: Bapa KeBodohan Malaysia

Reactions: 
Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...

Sehingga ke hari ini,Malaysia sudah mempunyai 5 Bekas Perdana Menteri Malaysia dan Seorang "Bakal" Bekas Perdana Menteri Malaysia. Setiap Bekas Perdana Menteri Malaysia terkenal dengan kehebatan dan jasa masing-masing.

Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1957–1970) dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan kerana telah membebaskan Malaya dari penjajahan Inggeris seterusnya memMerdekakan Malaya melalui rundingan.

Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (1970–1976) pula dikenali sebagai Bapa Pembangunan kerana dibawah pentadbiran beliau, banyak pembangunan berjaya dibawa ke Negara Malaysia.

Tun Hussein bin Dato' Onn (1976–1981) dikenali sebagai Bapa Perpaduan setelah berjaya menyatu-padukan sepanjang Pentadbirannya.

Tun Dr. Mahathir Mohamad (1981–2003) diiktiraf sebagai Bapa Pemodenan setelah beliau berjaya membawa pelbagai teknologi moden ke Malaysia termasuk kemudahan Media baru yang akhirnya menjadi Media Alternatif bagi rakyat Negara Malaysia mendapat maklumat yang banyak disembunyikan dari pengetahuan rakyat oleh KERAjaan.

UMphorNO mengiktiraf Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003–2009) sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan tetapi beliau lebih dikenali sebagai Bapa Mertua Khairy Jamaluddin setelah Pentadbirannya dilihat banyak dipengaruhi oleh Menantunya isitu Khary Jamaluddin.

Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak (2009–kini) dilabel sebagai Bapa Transformasi oleh UMphorNO kerana selalu (kununnya) banyak membawa idea "Transformasi" sepanjang pemerintahannya sehingga kehari ini walaupun ramai rakyat Malaysia tidak faham apa Transformasi yang dibawa oleh Najib.

Bagi gua, Najib lebih sesuai dinamakan sebagai "Bapa Kebodohan" Malaysia kerana makhluk ini banyak bercakap berdasaran maklumat-maklumat yang tidak betul. Acap kali juga makhluk bernama Najib ini terpaksa berbelit-belit dalam beberapa hal kerana jarang beliau berfikir sebelum bercakap atau mengeluarkan kenyataan.

Kita ambik contoh kes Saiful Bukhari dalam isu Liwat II. Pada 1 masa, makhluk ini dengan begitu yakin mengatakan bahawa beliau tidak pernah mengenali atau menemui Saiful Bukhari tetapi setelah gambar Saiful Bukhari berada di Pejabat Perdana Menteri dikeluarkan, beliau mengaku pula bahawa Saiful Bukhari menemui beliau untuk mendapatkan sokongan bagi memohon biasiswa untuk sambung belajar.

Beberapa hari kemudian beliau mengeluarkan pula kenyataan bahawa Saiful Bukhari berkunjung ke kediaman beliau untuk mengadu hal diliwat majikannyadan seterusnya beliau terpaksa berbohong lagi untuk menutup pembohongan beliau yang sebelumnya.

Semua itu terpaksa dilakukan kerana makhluk ini kekurangan akal ataupun "bodoh".

Beberapa bulan lepas pula, makhluk ini dalam 1 program chating-chating bersama rakan Facbook beliau mengeluarkan 1 statement lawak jenaka yang gua ingat sampai ke hari ini dimana beliau dengan yakin mengatakan bahawa beliau telah membaca "beberapa" buah buku tulisan Nelson Mandela.

Makhluk kurang akal ini mungkin tidak tahu bahawa Nelson Mandela dalam seumur hidupnya HANYA menulis SEBUAH BUKU SAHAJA. Ini lawak paling serius pernah gua dengar dan gua 110% yakin bahawa semasa makhluk ini membuat lawak tersebut, mukanya langsung tidak berkerut.

Memang "pro"...

Terbaru pula, mungkin akibat "tersalah" maklumat, makhluk ini dengan muka tak malu telah menjual cerita hangat dihadapan berpuluh-puluh Ahli Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Pasir Putih ketika Lawatan Kerja Seharinya di Kelantan baru-baru ini.

Makhluk ini mengatakan bahawa KERAjaan Pusat akan membantu Persatuan Pemandu teksi dan Kereta Sewa Pasir Putih mendapatkan tapak baru untuk beroperasi setelah Tapak asal yang digunakan sekaran telah dijual oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada sebuah Syarikat Swasta Bukan Melayu.

Kenyataan makhluk kurang akal ini segera disanggah oleh EXCO Kerajaan Negeri Kelantan - Dato' Paduka Haji Husam Musa. Sial rujuk disini.

Kenyataan beliau juga disanggah dengan selambanya oleh Setiausaha Persatuan Pemandu Teksi didalam akhbar Sinar Harian bertarikh 5hb. Julai, 2011 (lihat keratan akhbar dibawah):

Jangan segan untuk klik disini kalau tak nampak.

Beb... Gua tak tau macam mana pandangan para Ahli Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Pasir Putih masa Najib menipu kesemua mereka dalam Majlis Gilang Gemilang yang mendapat liputan meluas semua Media di Malaysia.

Mungkin dalam hati para Ahli Persatuan Pemandu teksi dan Kereta Sewa Pasir Putih masa tu berkata - "Eish... Bakpo bodo bena menate Najib nih..? Sapo jong ghoyak ko dio Tapok hok kito duduk ni keno jual ko Kerajae doh..? Berat... mapuh Negaro Malaysia buleh Perdano Menteri bodo ggining...".

Yang tu gua agak la...

Dan gua jugak nak berterima kasih pada member gua yang kelibatnya kelihatan dalam Majlis lawatan kerja sehari Perdana Menteri Malaysia di Kelantan. Mungkin Perdana Menteri Malaysia mendapat maklumat dari member gua ni dan mungkin jugak tujuan member gua ni sengaja bagi maklumat yang salah pada Najib supaya Rakyat Malaysia khususnya Rakyat Kelantan dapat menilai betapa "Bodoh"nya Perdana Menteri Malaysia.


Thanx bro... Ur The Man..!

7 comments:

Matkambing said...

kah,kah,kah...........memang tepat gelaran tu!

Jeo Botak said...

Nasib kamu la wahai NAJIB.....
Orang dah bagi peringatan tapi kamu bongkak, ego, taksub, menyombong diri sambil cuba menyalahkan orang lain. Kamu menipu diri kamu sebenrnya dgn memfitnah seteru kamu.
Itulah balasannya

Anonymous said...

Hahahahaha ...... memang bodoh, tapi pandai sikit daripada bapakmu ... hahaha

otaklunyai said...

Boddoh Sombong=Boddoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut.

Bapa Maksiat dan Jenayah Negara

Anonymous said...

set piece dari najib & hisam gagal utk jaringkan gol..forward PDRM berselerak x tentu hala...x profesional langsung...
free kick jarak 30meter oleh team BERSIH..masuk GOOOOOL!! taraf international...tahniah!!!
terkejut BODOH team BN...kah...kah..

Anonymous said...

mesej BERSIH sampai pada rakyat..BN bukan saja menipu pilihanraya tapi zalim dlm menangani isu tuntutan rakyat..

Anonymous said...

lg satu nmpk sgt kebengongan pak najib ni..aku ingat dulu die penah sumpah dengan name Allah yang die x kenal pon dengan altantuya dulu..tp siap begamba, mkn semeje tu x kenal lg ke..emm..pelikke pak najib ni...