Petang esok akan berlangsung "Himpunan Sejuta Umat" di Stadium Shah Alam. Gua tak follow sangat perkembangan-perkembangan berkenaan dengan perhimpunan tu tapi ada la jugak gua baca dalam banyak media serba sikit pasal perhimpunan tu.
Pandangan Seposen Gua...
Gua tak nampak Rasionalnya berhimpun beramai-ramai dapat "Mendaulatkan" Agama Islam. Gua tak nampak kesan dari perhimpunan tu akan menguatkan lagi Agama Islam & gua tak nampak dalam pandangan sebelah mana pun penganut Agama Islam akan bertambah walau sebanyak 1% dengan berhimpun macam tu.
Dalam pada "Ekstrimist-Ekstrimist" (gua label leader-leader yang merancang himpunan tu sebagai Ekstrimist ataupun "pelampau" Agama Islam) tu berhimpun, menghimpun & menyatakan pandangan masing-masing melalui mikrofon & pembesar suara, yang lain bersorak-sorai bertakbir, golongan pendakwah Kristian bergerak dalam senyap.
Korang berhimpun, menyalak, bertakbir, sorak-sorai, penganut agama lain pandang dari jauh & berfikir & bercakap: "apa tu'..? Balik berhimpun, keluar dalam media sampai 5-6 hari, Islam bertambah kuat..? apa yang kuat..? sorakan..? takbir..? Umat Islam bertambah..?
Umat Islam tak kan bertambah kalau pendakwah WAJIB yang bertauliah, umat Islam tak kan bertambah kalau Sekolah Agama Rakyat tak dapat sokongan dari Kerajaan Pusat, umat Islam tak kan bertambah kalau banyak Gerakan Islam disekat pergerakannya hanya kerana tidak sehaluan dengan Kerajaan Pusat.
Pendakwah Islam nak berdakwah kena ada "Tauliah", Mubaligh Kristian nak berdakwah cuma perlu ada "Kemahuan". Belum apa-apa kita dah kalah dalam bab ni.
"Nasib Baik"
Di Malaysia, gua letakkan Agama Islam sebagai Agama yang bernasib baik.
"Nasib Baik" mak bapak kita semua beragama Islam dan "Nasib Baik" bersebab kepada itu kita pun terus "diagamakan" sebagai 'beragama Islam" walaupun masa tu kita tak tau apa-apa pasal Agama Islam.
Ada jugak antara kita yang tergolongan dalam golongan ber"Nasib Baik" ni tak pernah mengamalkan ajaran agama Islam. Sembahyang Jumaat seminggu sekali sepanjang tahun bukan bermakna kita 'beragama Islam" kalau amalan-amalan WAJIB yang lain selambe je kita tinggal.
Pakai baju Melayu, bersampin, bersongkok bukan bermakna kita "beragama Islam" sebab semua perhiasan tu bukan HAK Agama Islam. Yang tu semua Pakaian "Orang Melayu". "Orang Melayu" dengan "Agama Islam" Tak sama. "Orang Melayu" kalau nak menikah kena beradat... Kena meminang, bersanding bagai. Itu bukan ajaran Agama Islam.
Adat Melayu kebanyakannya dicedok dari Adat dalam Agama Hindu. Kalau ikut 100% Adat Melayu, 30% kaki duduk dalam Agama Hindu.
Dalam Islam tak de "Hantaran" yang ada cuma "Mas Kahwin". Bersanding macam Kajol bukan ajaran Agama Islam.
Bagi gua la... Melayu makin kuat, Islam makin lemah. Melayu bukan Islam, islam bukan Melayu... Melayu cuma bangsa, Islam adalah Agama. Agama akan menguatkan sesuatu bangsa & bangsa selalunya akan melemahkan sesuatu agama. Bangsa yang bongkak akan membentuk Agama mengikut kemahuan mereka & bangsa yang lemah akan membentuk bangsa mereka mengikut kemahuan agama. Tak yah nak debat panjang-panjang bab ni.
Cuma bangsa yang Bongkak akan keluarkan kenyataan "Agama Islam" akan jadi lemah kalau "Bangsa" kita lemah. Ini kenyataan Bongkak. Kekuatan sesuatu "Bangsa" pada gua ikut mana-mana pun bagi gua terletak pada Agama.
Gua ambik contoh paling mudah... Realiti... Agama Kristian kuat bukan sebab Bangsa Kulit Putih, tapi Bangsa Kulit Putih jadi kuat sebab pegangan mereka pada Agama Kristian sangat kuat.
Tak susah nak nilai. Pagi Ahad sebelum loceng Gereja berbunyi, Penganut Agama Kristian dah penuh dalam gereja & realitinya dekat Malaysia sendiri Agama Kristian dianggap sebagai pengancam kepada Agama Islam... Eh... Berapa ramai Bangsa Kulit Putih ada di Malaysia sampai Agama Kristian dianggap sebagai pengancam kepada Agama Islam..?
Contoh mudah jugak gua ambik, Penganut Agama Hindu di Malaysia 90% berkulit Hitam & berbangsa India. Agama Hindu tak pulak dianggap sebagai pencabar kepada Agama Islam walaupun peratusan "Bangsa" yang beragama Hindu adalah India.
Kekuatan Agama bukan terletak pada "Bangsa". kalau tak paham jugak, nampak sangat tahap "Kemelayuan" korang tinggi.
Petang esok Insya-Allah sekurang-kurangnya 10,000 orang beragama islam akan berkumpul di Stadium dalam misi "mendaulatkan" Islam di Malaysia & malam minggu nanti gua yakin 100%sekurang-kurangnya 50,000 anak muda beragama Islam akan memenuhi pusat-pusat hiburan di seluruh Malaysia.
Yang kena tangkap ialah Pendakwah-pendakwah bebas yang mahu mendaulatkan Agama Islam tapi tiada "Tauliah", yang bebas tak kena tangkap malah "diraikan" ialah anak-anak muda beragama Islam pengunjung pusat-pusat hiburan.
Agama Islam TAK KAN kemana di Malaysia selagi Penguasa lebih pentingkan penguatkuasaan undang-undang yang merugikan Agama Islam sendiri.
Anak-anak dara berpakaian menjolok mata & melanggar ajaran Agama Islam merata-rata berkeliaran dibiarkan, Pendakwah yang mahu mendaulatkan Islam & mengembangkan Ajaran Agama Islam ditahan. Bini pemimpin tertinggi tak pernah reti nak tutup aurat & suami sendiri yang berjawatan Perdana Menteri Malaysia (Mohd.Najib bin Abdul Razak) DAYUS tak reti nak tegur bini.
Nak Daulatkan Islam..?
Khak Ptuih...!!!




27 comments:
Mana lebih penting, himpunan selamatkan akidah ke atau pakat2 desak kerajaan laksanakan undang-undang cegah murtad?
himpun ramai2 duk tunjuk kekuatan, banyak bahayanya dr positif. silap2 langkah, bukan islam akan jauhi islam. jika begitu jadinya, sape mau tanggung dosa x berdakwa secara berhikmah. jadi betol la apa yg pas putuskan, dakwah kena berhikmah, bukan dgn cara berkumpul.
Tuan Topeng Perak, mohon link blog teman satu kat sini.
http://warkahdaily.blogspot.com
Terima kasih ye.
Yang nak berhimpun tujuan apa? Kalau nak "desak",ditujukan kepada siapa?Kalau nak tunjuk kesepakatan umat Islam,nak tunjuk kad siapa?
Ini soalan-soalan asas yang wajar dijawab sebelum buang masa dan tenaga nak berhimpun.Soalan tambahan: Siapa yang membenarkan isu murtad ini berpanjangan? dan Siapa yang menyekat cadangan PAS mengemukakan undang-undang Murtad diParlimen?
1.cakap je yang hang dan puak-puak pas ni dah lama barua dap a.k.a pemurtad melayu islam poji oii!!
Apa objektif yang mahu kita capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini ?
* Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.
* Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
* Memberitahu kepada rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
* Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
* Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
* Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.
aku setuju apa hang cakap.....cuma silap penganjur x ajak ambingaoat, jd ketua......paasti ramai lembu2 yg kena cucuk hidung berhimpun mcm bersih tu....pak janggoat...pak lebai, sbb perangai diaorng mmg bangsat patut kena bersihkan dgn FRU...
Anon 7.02...memang jahil tak dpt nak bezakan antara bangsa dgn agama...melayu tu bangsa.....islam tu agama (addin) yg jadi anutan semua bangsa di dunia ni.....islam bukan hak org melayu....yg kamu merepek marahkan Pas tu pasal apa??...yg menentang hukum hudud tu umno bukan pas....yg menentang hukum dan perintah Allah tu pemimpin umno...nak suruh rosmah tutup aurat pun takut...takut bini termasuk dlm dayus...banyak lagi contoh umno memang menentang hukum Islam....
HIMPUN nak selamat akidah umat islam...lawak tersohor abad ini!!!! akidah UMNO yg dah sesat sapa nak selamat!!!!!
umno yang bergego satu dunia ni,ada ke pemimpin2nya hadir kt HIMPUN tu....satu dunia pun sudah tau umno itu Apco laknatullah.
baru jek tangkap org bagi ceramah sebab tauliah nak sembang pasal perkara aqidah..kah kah kah...lu mmg lawak la mat....
kes penyelewengan exco perak baca disini bro minta tolong sebarkan kes penyelewengan exco perak ni http://yomamaparpu.blogspot.com/2011/10/sugar-mummy-parpukari-part-2-hubungan.html hrp disebarkan.
LU P MAMPOOOS LA UMPURNO!!!
Nak tahu lanjut berkenaan HIMPUN
Sila Lawati:
www.tintedhijau.blogspot.com
Nak Himpun apa, sengal lu smua, Nak himpun UMNO untuk masuk dalam jamban aku nak gi. UMNO go mampos..
Nak himpun, ni smua keja cakap berdegar degar... Cakap pasal murtad apa perkasa tahu, depa sendiri tak gi mesjid.. malah depa duduk lepak raba buntut GRO. Gi mampus UMNO, PERKASA perosak bangsa melayu dulu kini dan selamanya
kalau tak silap allahyarham haji osman kati sampai meyinsing lengan sebab lawyer sister in islam tu benak dalam hujah undang syarie versus sekular law dalam satu tv show tv1,2,3,oasis dan hijrah kalau berani ce le bawak isu diskusi ni antara ulama dunia versus akhirat lawyer syarie dgn sekular sis in islam dgn haji kharusani and so on baru lah jadi top tv oops jgn tapis da
PAS menjauhkan diri dari Himpunan semata mata takut hilang sokongan kaum kafir.
Sebaliknya kaum melayu/Islam sedar bertapa bacul nya PAS.
tok gajah namanya memang dah gah kerana besar tapi bodo piang dulu kini dan seterunya.
Scientifiknya, Gajah ni badan ja besar tapi otak kecik.
ha 3X
Berita Panas!! YB Hamidah mahu jadi MB Perak, kini tersepit diantara kuasa duit dan dot, dot, dot!
http://yomamaparpu.blogspot.com/2011/10/yb-hamidah-mahu-jadi-mb-perak-kini.html
mohon link ke blog saya
www.cigaraga.blogspot.com
aku pon hairan napa masih ramai sokong pak jib ni.. kesian sungguh
Sape sokong Parti Ambiga's Semalaysia,conform masuk syurga...semua perkara yang Parti Ambiga's Semalaysia cakap diHALALkan disi ALLAH...Tok Guru pun dah jadi NYANYUK,hidung berdarah dulu pun masih tak sedar diri lagi...Tunjukkanlah lagi Ya ALLAH akan kepincangan,penipuan,pembohongan Parti Ambiga's Semalaysia ni kepada umum...aminn...
Aku nak kata rakyat Malaysia ni bodoh-bodoh..ramai jugak yg cerdik. tapi ramai jugak la yg bodoh. Kalau tak bagi berhimpun..tak bagi permit sibuk lah mencanangkan seluruh seantero dunia hak2 asasi di malaysia dah tak ada.Perhimpunan macam BERSIH..entah apa tujuah kejadahnya..sampai mati2..dok ikut si Kafir Harbi.Apa tujuan??kosong.. cuma kerana permit tak ada maka sibuklah rakyat Malaysia nak berhimpun..otak udang.
Kalau dah bagi permit untuk berhimpun..pergilah berhimpun.Ini tanya pulak apa faedahnya?? Tak ke bangang namanya tu..Murtad disana-sini sebab apa?? Tok Guru dok ikut si kafir Harbi.. Dok ikut Anwar ibrahim yg penuh dgn masalah moral.. berhimpun dan bergabunglah. Islam kita ni bernasib baik ke..Allah SWT dah takdirkan begitu.Mujur mak bapa kita islam..kalau tidak? Kalau mak bapak kita kristian?Ingat kita ni akan masuk Islam??? Belum tentu..Kalau tauhid tidak sampai..matilah kita dalam kafir. Alhamdulillah aku bernasib baik.. Allah SWT jadikan mak bapak aku Islam..maka aku pun Islam..dan akan pertahankan akidah Islam sampai akhir hayat..kpd pencacai si kafir harbi..Insaflah. Pintu taubat masih terbuka sebelum nyawa sampau ke halkum..Wallahuallam
Pok Nik
Damansara
Saya beritahu kamu orang satu rahsia , saya pandai baca bahasa cina , BI, BM. Di surat khabar cina, MCA kata DAP ialah anak pantung/anjing PAS. Apabila baca newspaper Bahasa Malaysia seperti UTUSAN 'M'' pula, UMNO pula kata PAS ialah anak pantung/anjing DAP. Siapa cakap betul ? Rakyat dibodohkan-lah. Sebab mereka mahu membuat kacau bilau antara parti dalam Pakatan Rakyat dan juga sengaja mewujubkan perasaan praksangka antara kaum Melayu dan Cina supaya semua Melayu mesti bersatu padu menyokong UMNO yg memperjuang '' Poket $$ '' parti dan juga mengukuhkan kuasa. dan lupakan kegiatan '' Baik'' mereka. Apabila UMNO bagi satu biji gula bagi rakyat, jangan gembira dulu, nanti rakyat akan dipukul seratus kali dgn kayu..... sedar-lah taktik politik yg kotor..
salam..
pok nik lu hujah berjela jela tapi mcm taik lembu bodoh..lu islam keturunan je tau tak?apa yg kerajaan buat kezaliman pd terang2 lu tak nampak sbb otak lu penuh dgn taik lembu..lu basuh la otak lu..
lu penyokong umno paling bodoh,sapa tolak HUDUD?sapa bagi saham bumiputra 50 bilion hilang?
lu memang bodoh la pok nik...
Aku sokong undang2 cegah murtad dan aku sokong juga HIMPUN? Pada penjilat jubor2 Kristian yg hanya disalat dgn kertas tisu tu korang sapa nak halang HIMPUN? Yg pegi HIMPUN tu mintak duit kat mak bapak korang ke?
Pada aku PM ka, Aziz Bari ka, Khalid Samad ka semua patut diajar mengaji balik. Yg PM kena ajar Rosmah jgn makan duir takyat, yg Aizi Bari jgn hanya sedap jadi pengampu DAP dan jurucakap pro-Kristian, Yg Khalid Samad jgn nak kongsi nama Allah dgn Kristian saja ada faham.
Sister In Islam pun patut tukor nama jadi Sister In Atheism.
"Kita akan berjuang habis-habisan sehingga ketitisan darah terakhir"
kah..kah..kah....
Woiiii...bangang2 Umno!
Lu ni syok sendiri ka?
Lu ni syok sorang2 ka?
Kalau cakap kat lembu, mungkin lembu boleh angguk la.
Sapa mau perang sama lu orang?
Sapa mau hantam lu orang?
Ini negara demokrasi la.
Lu jangan pikir, dalam negara demokrasi, lu orang saja boleh memerintah.
Negara demokrasi utk memilih kerajaan bukan dgn cara gaduh2. Bukan dgn cara berperang. Bukan dgn cara samseng pukul orang.
Dgn cara pilihanraya la.
Apa ra punya bangang la lembu2 umno ni. Nak berperang? kah..kah..kah....!!!
Ni la orang kata, lembu yanbg tak boleh terima hakikat utk kalah dlm PRU 13 nanti.
Harap pihak polis tolong "mark" kan muka2 lembu2 umno yg cuba meniupkan bibit keganasan, samseng dan pengkhianat undang2 negara.
BODO PUNYA LEMBU UMNO.
Assalammualaikum...
Apakhabar sahabat2 ku & sodara2 seAgama dgn ku..
Udah2 lah...tak perlu kita bertengkar & memaki hamun sesama kita,seharusnya kita perlu bersatu demi agama&bangsa kita. Tak perlu kita tagakkan benang yang basah,tak kira MCA @ DAP termasuklah MIC mereka ini tetap ultra kiasu..depan kita pijak semut tak mati,belakang kita mereka mempunyai perancangan utk menjatuhkan islam&melayu di tanah MALAYA..Jadi sodara2 seAGAMA dgn ku,inilah tugas kita,bersama2 merapatkan SAFF,berjemaah sesama UMAT demi KEKUATAN ISLAM!!! yg tercinta.Jika anda mengatakan kekuatan kita pada agama @ ada juga yg mengatakan kekutan agama pada bangsa..yg penting ISLAM dan kita sebagai Bangsa Melayu Di MALAYSIA menjadi BAngsa yg terbesar & keseluruhannya berAGAMA islam,maka tugasnya ditangan kita yg berbangsa melayu..
Post a Comment