Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, January 23, 2011

Praktikal "Keadilan" Di Dalam UMNgOk: 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, KEZALIMAN Diutamakan..!

Reactions: 
Lebih dua tahun saya memikirkan tentang sesuatu yang bernama keadilan!

Tentang nasib seorang sahabat, seorang doktor perubatan (Dr) bernama Dr Mohd Azam Rauzan yang dilucutkan kelayakan sebagai pengamal perubatan hanya kerana berada dalam keadaan dan masa yang salah, tetapi mempunyai niat di dalam hati yang baik dan murni.

Hanya kerana membantu seorang wanita yang mengandung di luar nikah untuk mendapatkan sijil kelahiran bagi memastikan nasib si anak terbela, Mohd Azam kehilangan segala-galanya. Dia kehilangan masa depan sebagai doktor perubatan apabila kelayakannya terus dibatalkan. Dia dianggap telah melakukan kesalahan terlalu besar yang tiada ampunnya di dunia ini. Sedangkan apa yang dilakukannya adalah untuk kebaikan masa depan manusia yang dilahirkan secara tidak sah, akibat perbuatan terlanjur manusia.

Untuk pengetahuan, Mohd Azam adalah bekas Adun Bandar Penawar di Johor dan kini saya sendiri sebagai sahabat berasa beliau kehilangan banyak sangat perkara di dalam kehidupan ini selepas insiden di luar duga itu. Bagi saya, di mana keadilan untuk beliau, terutama kepada Umno yang pernah dia menjadi hamba, berjuang konon demi untuk bangsa, agama dan negara.

Ketika kita melihat Melaka membina sebuah rumah tersergam indah untuk membela anak-anak yang mengandung di luar nikah, seorang doktor perubatan yang cuba membantu agar perbuatan buang bayi dapat terhindar dengan melaku kesalahan di luar rela, menyediakan sijil kelahiran untuk bayi itu, telah menerima nasib yang amat buruk - dibuang dan kelihatan seperti amat keji oleh semua pihak.

Saya melahirkan kesedihan ini kerana bukan sahaja Mohd Azam pernah menjadi sahabat yang paling karib dalam hidup saya, tetapi kerana sedih ketika kita berusaha menangani masalah buang bayi, nasib beliau yang cuba menjadi antara manusia yang cuba membantu mengatasi masalah itu, tidak langsung dikenang. Sebaliknya dikenakan tindakan yang amat luar biasa hukumannya.

Seolah-olah tiada baik langsung manusia bernama Mohd Azam ini sehingga kelayakannya sebagai doktor perubatan terus sahaja dibatalkan.

Aneh keadilan sebenarnya, bukan? Saya tidak mahu berbohong, Mohd Azam bukan tiada jasanya kepada Umno, malah tanyakanlah kepada Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. Mohd Azam ini sebenarnya antara pejuang bangsa yang masih muda dan mempunyai masa depan yang cemerlang.

Benarlah kata orang, kebaikan kadang-kala langsung tiada harga di mata orang! Di mana pimpinan Umno dalam memperjuangkan nasib pemimpin pelapisnya seperti nasib yang menimpa Mohd Azam ini?

Ya...Azam, walaupun kita berlainan ideologi, soal kebenaran adalah milik semua. Aku doakan engkau berbahagia, sama seperti aku. Engkau tentu masih ingat gurauan lama kita. Tentang politik dan kehidupan bukan? Salam buat sahabat yang lama terpisah.

Sumber - http://singalautmetro.blogspot.com/2011/01/di-mana-kita-dalam-kes-melucutkan.html

PRK DUN Tenang: Bulan Mewakili Hatiku...

Reactions: