Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, February 27, 2011

Tuduhan Liar PM Terhadap Yusuf Al-Qardhawi: Kenyataan Media DPP Wilayah Persekutuan

Reactions: 
KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
NAJIB MEMALUKAN MALAYSIA DAN DUNIA ISLAM
(26 Februari 2011)

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mendesak Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia supaya meminta maaf secara terbuka kepada ulama’ tersohor dunia, Prof Dr Yusof al Qaradhawi serta gerakan Islam terbesar dunia, Ikhwanul Muslimin kerana menuduh tokoh dan gerakan Islam itu sebagai pengganas dan mendokong keganasan.

DPPWP merasa kecewa kerana ucapan tersebut lahir dari mulut Perdana Menteri Malaysia yang majoriti rakyatnya adalah umat Islam. DPPWP kesal bagaimana ucapan sedemikian lahir dari pemimpin negara terhadap tokoh ulama’ kontemporari yang menjadi rujukan dunia Islam itu. Bahkan Malaysia pada tahun lepas telah menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada tokoh itu.

Tuduhan dengan mengaitkan Prof Dr Yusof Al Qaradhawi sebagai pengganas adalah tuduhan berat yang tidak boleh diterima. Tuduhan ini juga memalukan umat Islam khususnya di Malaysia. DPPWP percaya rakyat khususnya umat Islam amat menghormati Prof Dr Yusof Al Qaradhawi, serta kenal dengan peribadi serta doktrin ajaran beliau. Ratusan bahkan ribuan anak murid telah beliau lahirkan dari Malaysia dan tidak pernah didengari ada kalangan muridnya yang terlibat dengan keganasan.

Selain itu, Perdana Menteri juga menggesa Ikhwanul Muslimin disisih dari agenda perubahan di Mesir kerana terlibat dalam keganasan. Tuduhan ini sangat berat dan Perdana Menteri perlu buktikan bagaimana Ikhwanul Muslimin boleh terlibat dengan keganasan. Ikhwanul Muslimin telah menyertai pilihanraya dan proses demokrasi di Mesir secara aman sejak sekian lama dan menjadi oposisi di bawah penerintah rejim Hosni Mubarak, bagaimana Dato’ Seri Najib boleh kaitkan pertubuhan ini dengan keganasan?

DPPWP percaya, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak tidak membaca sejarah perjuangan gerakan Islam itu serta mengenali Prof Dr Yusof Al Qaradhawi secara lebih dekat. DPPWP juga yakin, Perdana Menteri tidak diberikan nasihat yang betul oleh para penasihat agama beliau. Memang wajarlah Dato’ Seri Najib bertaubat dengan segera, menarik balik ucapan beliau serta memohon maaf secara terbuka kepada Prof Dr Yusof al Qaradhawi dan Ikhwanul Muslimin.

Disediakan oleh;
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tuduhan Liar PM Terhadap Yusuf Al-Qardhawi: Kenyataan Timbalan Presiden PAS

Reactions: 
KENYATAAN TIMBALAN PRESIDEN PAS
MENDESAK NAJIB UNTUK MENARIK BALIK TUDUHAN LIAR TERHADAP
SYEIKH DR YUSUF AL-QARDHAWI DAN GERAKAN IKHWAN MUSLIMIN

Merujuk dalam satu laporan berita yang disiarkan dalam laman web National Review Online, saya mendesak Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Razak supaya menarik balik tuduhan liar yang dilemparkan kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama’ terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Memetik ucapan yang dibuat olehnya di Istanbul baru-baru ini, beliau mendakwa bahawa parti politik Ikhwan Muslimin terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis.

Ikhwan Muslimin merupakan sebuah gerakan Islam yang sah di Mesir. Malah, mereka turut terlibat dan berpartisipasi secara aktif dalam beberapa siri pilihanraya di Mesir. Tambahan lagi, mereka sering melaungkan tema “Penglibatan dan Bukan Penguasaan” disamping memelihara peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Mesir.

Walaubagaimanapun, hak dan nilai demokrasi mereka sebagai rakyat dan parti politik yang sah telah dicabul sehingga mereka terpaksa berdepan dengan ancaman, ugutan serta penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh pemerintah Mesir.

Menyentuh mengenai kebangkitan rakyat di Mesir, Ikhwan Muslimin berpendapat bahawa segala kerosakan dan pencerobohan yang berlaku adalah disebabkan tindakan kumpulan-kumpulan samseng yang bersengkongkol dengan pihak-pihak tertentu untuk menindas kemahuan rakyat.

Malah Ikhwan Muslimin turut memberikan penghargaan kepada seluruh tentera Mesir yang berkhidmat untuk menjaga keselamatan dan memelihara keamanan sepanjang tempoh revolusi yang berlaku.

Ini membuktikan bahawa Ikhwan Muslimin tidak terlibat dengan sebarang bentuk provokasi dan strategi bagi melakukan keganasan dan kekacauan di Mesir.

Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang juga Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia pula merupakan seorang tokoh ilmuan yang sangat terkenal seluruh dunia. Bahkan segala usaha-usaha yang dilakukan olehnya mendapat pengiktirafan serta penghormatan yang tinggi.

Sempena majlis sambutan Ma’al Hijrah 1431/2009, Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah berkenan menyampaikan Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada beliau atas sifat peribadi unggul dan sumbangannya yang begitu besar dalam agama serta dunia Islam seluruhnya.

Malah, beliau selalu berkunjung ke Malaysia untuk menyampaikan ilmu serta bertemu dengan ramai individu, parti politik serta pihak-pihak tertentu. Ini membuktikan sifat beliau disenangi dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Kenyataan Perdana Menteri itu dilihat tidak cerdik. Saya berpendapat Najib harus menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi segera. Jika tidak, beliau telah menunjukkan sikapnya sebagai seorang yang pro kuasa Barat dan takut untuk menzahirkan kebenaran.

Disediakan oleh
NASHARUDIN MAT ISA
Timbalan Presiden
Parti Islam SeMalaysia