Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, March 24, 2011

Siasat Keaslian Video Atau Pelakon..?

Reactions: 
Hari ni bila aku bukak blog-blog, website-website dan jugak twitter politician di Malaysia baik pro Beer eNd dan jugak pro Pakatan Rakyat, aku baca benda yang sama, aku baca desakan yang sama dan aku jugak baca kebodohan yang sama.

Kenapa semua politikus yang katanya cerdik pandai semuanya mendesak supaya disiasat keaslian video tersebut..? Apa masalahnya dengan video tu..? Kalau asli apa masalahnya..? Kalau tak asli, apa masalahnya..?

Ni yang dok bising-bising ni soal halal-haram video tu ke apa..? Kalau masalah halal-haram video kita serah je la dekat FINAS. Apahal pulak nak bikin Suruhanjaya Siasatan..?

Kenapa tak de langsung desakan untuk siasat siapa pelakon sebenar dalam video tu..?

Yang kita perlu fokus sebenarnya ialah siapa pelakon utama dalam video tu, bukan soal video tu asli atau palsu. Video tu gua jamin 110% gerenti asli. Cuma cop SIRIM je yang tak de.

Beb... Kita nak tau pelakon utama tu siapa, Anwar ke..? Brad Pitt ke, Bob Lokman ke, Zulkifli Noordin ke... Siasat la yang tu...

Kita nak tau yang muka macam Anwar tu Anwar yang asli atau orang lain yang mekap macam Anwar... Aperla punya bingai politikus-politikus ni...

Buang masa betul la...

Video Seks: Suruhanjaya 110% Siasatan Bebas

Reactions: 
Dalam memperjuangkan Kebenaran & Keadilan, kita nak kena ada Keberanian, Kejujuran, Kecekalan & Ketabahan. Ni bukan Formula nak lawan Trio "T" dengan mewujudkan lagi 1 Trio iaitu Trio "K". Baik Trio "T" ataupun Trio "K", ianya juga tidak mewakili mana-mana individu berperut buncit, dada bidang, punggung tonggek atau kulit yang agak cerah berbanding dengan amoi siam atau cina berumur 20-an.

Jugak tiada kena mengena dengan awek berbaju seksi yang membonceng motor dengan 110% kuasa keyakinan tahap tinggi. awek berbaju seksi ini tidak bersalah walaupun dia memeluk joki motor tersebut dengan sepenuh hati sambil tersenyum keriangan. Itu adalah hari gembira bagi mereka.

Itu bahagian intro & muqaddimah... selesai...

Bab lain pulak - Rakaman Video Seks Ahli Politik

Demi Allah, sampai ke saat gua menaip artikel ni, gua tak tengok pun lagi rakaman video yang disebut-sebut sebagai rakaman video Pemimpin Tertinggi Pakatan Rakyat yang telah disah & diakui hasil kerja 3 sahabat atau Trio "T".

Kita bincang hal yang serius dalam keadaan santai. kalau serius sangat, aku takut laptop aku pecah berderai sebelum sempat aku tekan butang "Enter". hahaha...

Sehingga ke waktu ni, aku agak yakin bahawa video tu dah mula tersebar kebeberapa kawasan liputan (sekitar Kolumpor). dekat Kota Bharu, sehingga artikel ni ditaip, masih tak de berita lagi yang video tu dah sampai atau belum dekat sini. tapi aku rasa dalam masa seminggu lagi mungkin dah boleh dapat di Pasar malam Wakaf Che' Yeh kalau pandai carik.

Dengar cerita yang di ce citer ce citer ce citer, geng-geng blogger puak PenChaChai ada yang dah tengok video ni. cemane diorang boleh dapat tengok gua tak tau... gua harap UMNO tak dilibatkan dalam hal ni walaupun jelas akses paling mudah untuk apa-apa info ialah dengan berada didalam "kem"... muahahaha...

Wallahi, Wabillahi, "Wata'ALAHI" UMNO tak terlibat dalam hal ni..! muahahaha...!!!

Gua tak minat nak bincang pasal geng Trio 'T". hujah gua & alasan gua cukup mudah & simple - "Orang jahat memang kerja dia buat jahat, Iblis memang kerja dia menghasut manusia ke Neraka Jahannam". Jadi kita tinggalkan persoalan & perbincangan tentang orang jahat, kita bincang pasal Kebenaran & Keadilan.

Gua rasa dalam hal ni, untuk mencari Keadilan bagi OKT (tak yah sebut nama la sebab korang tau OKT ni 110% bukan Zulkifli Noordin...), ada baiknya ditubuhkan 1 Suruhanjaya Siasatan bebas (bukan Suruhanjaya Sia-Siat Bebas).

Suruhanjaya Siasatan Bebas ni elok kalau dipilih oleh ke 2-2 belah pihak yang terlibat dalam kes ni. pihak OKT kita mintak dia pilih 5 orang wakil, pihak OTT (orang tukang tuduh) kita mintak dia pilih 5 orang wakil, pihak NGO(k) kita mintak dia pilih 5 orang wakil & pihak NGO kita mintak dia pilih 5 orang wakil. yang lain-lain korang tolong pikir la pulak.

Benda-benda wajib yang nak kena siasat yang pertamanya ialah lokasi kejadian. yang keduanya ialah lokasi & alibi OKT masa kejadian.

Kalau dah dapat lokasi kejadian, senang sikit cerita. boleh tengok balik rekod tempahan bilik, keadaan bilik sama atau tak sama dengan yang ada dalam video & perlu jugak saksi-saksi iaitu pekerja-pekerja dilokasi kejadian yang bertugas ketika kejadian.

Keterangan saksi mata sangat-sangat penting dalam kes ni tapi jangan lupa pulak alibi saksi kejadian pun nak kena siasat jugak & ada baiknya saksi-saksi kejadian bawak pulak saksi-saksi yang dapat mengesahkan kehadiran mereka dilokasi-lokasi mana semasa kejadian. kalau tak sahkan semua benda ni, RM500 dah boleh dapat sorang saksi palsu.

Tapi gua rasa saksi palsu untuk kes ni tak kan dibayar dengan rege RM500 je... mesti lebih bro...

Pengesahan keaslian video gua rasa tak leh pakai untuk kes ni sebab gua gerenti rakaman video tu tulin, cuma yang boleh dipersoalkan ialah "pelakon utama" video tu. pelakon lu boleh mekap beb... Ala... Martin Lawrence pun elok-elok je mekap tukar jadik Big Mama...

Pengesahan individu dalam video tu pun gua rasa tak leh nak buat dengan sekadar melayan video 69 tersebut. kalau gua dibagi peluang untuk jadik penonton pun gua 110% (sorry Zul...) yakin yang gua tak leh nak verifiy siapa dalam video tu walaupun muka dia sama seiras sehati sejiwa.

Hujah & alasan gua senang je... gua tak pernah tengok OKT tu bugel depan gua. hahaha... tak kan la sambil tengok video 69 kita nak mintak OKT bugel depan kita secara live untuk dibuat perbandingan..? gila lu..?

Paling penting gua rasa pihak Suruhanjaya Siasatan Bebas tu WAJIB carik amoi berumur 20-an tu 7 dapatkan keterangan dari dia. tak kan la dia tak leh nak ingat walau sikit pun muka mamat yang tala dia dengan bermacam-macam gaya bebas..?

Pengesahan masa kejadian dengan lokasi OKT ketika kejadian pun gua rasa sangat-sangat tak relevan untuk diambil kira sebab dekat situ boleh ditimbulkan keraguan.

Keraguan bagi pihak gua ialah ketepatan masa dalam rakaman video sebab gua tau dan gua 110% yakin (pinjam keyakinan Zilkifli Noordin) tetapan masa & tarikh pada alat perakam boleh diubah sesuka hati oleh pemilik alat perakam. menatang tu lu boleh set ikut suka kepala otak mak bapak jiran tetangga sepupu mamat pakai kopiah sebab tengah kepala botak beb... lu nak set tahun 1946 pun boleh...

Yang tu kira basic benda-benda yang nak kena siasat la... bab siapa tukang rakam, berapa orang rakam, atas arahan siapa dia rakam tu semua kita tak yah buang masa nak siasat dulu. tinggalkan dulu benda-benda bodoh tu.

Setelkan siasatan utama dulu sebab yang kita mula-mula nak cari ialah Kebenaran dah setel bab kebenaran, barulah kita pergi bab Keadilan.

Kalau betul terbukti OKT tu tak terlibat, Suruhanjaya Siasatan Bebas kena masuk bab Keadilan pulak. katakan OKT tak bersalah & apa yang ada dalam video tu adalah fitnah semata-mata, maka Keadilan WAJIB diberikan kepada OKT untuk membersihkan nama dia.

Yang tu kita bincang kemudian.

*agak-agak kalau bawak amoi 20-an tu dalam kes ni, ada peluang tak dia saman pihak yang rakam aktiviti dia tanpa kebenaran dia..? hurmmm...