Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, March 25, 2011

Perhimpunan 500,000 BERSIH (2.0), 2011

Reactions: 
Malam tadi lepas balik lepak-lepak seharian suntuk, macam biasa gua online depan laptop cabuk gua bukak Google Reader gua untuk surf update berita-berita dari Website-Website, Blog-Blog & Portal-Portal internet carik berita menarik untuk gua ulas malam ni.

Malam Jumaat kerja bunuh setan amat diutamakan bagi kebanyakan wargabumi yang beragama Islam. malam sunat la katakan. tu pasal lepas jam 12:00 tengah malam bila gua online, update dah terlalu selor... daripada ratus-ratus Portal, Website & Blog yang gua subscribe, ada tak sampai 20 yang diupdate lepas jam 12:00 tengah malam. mungkin admin-admin tengah berpeluh-peluh bekerja keras membunuh setan.

Mat-mat Twitter pun senyap sepi dah... Awas bro..! jangan sampai aktiviti anda dirakam dengan CCTV oleh Trio "T"... buruk padahnya..! jangan sampai sekali lagi berlaku kisah "Blue Monday At Carcosa Seri Negara"..! muahahaha...

Gua bunuh setan dari depan laptop je lah... depan laptop pun boleh bunuh setan jugak... dekat luar sana ada setan besar yang dikenali dengan nama UMNO/BN yang jugak pada gua harus dihapuskan walaupun akan memakan masa.

Berita menarik untuk malam ni..?

Gua tertarik untuk ulas berita yang ni:
Kerajaan tolak guna dakwat kekal
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 24 Mac: Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bercadang menimbang semula penggunaan dakwat kekal kerana ia dianggap tidak lagi sesuai untuk digunakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ketika menggulung perbahasan titah ucapan Diraja berkata, SPR sedang berusaha mencari kaedah baru yang lebih moden dan boleh diterima oleh semua pihak untuk digunakan dan sedang meneliti penggunaan biomatrik sebagai ganti.

"Namun ia masih dalam perhatian kerana perlu melihat dari semua sudut," katanya.

Nazri menambah, penggunaan dakwat kekal juga tidak sesuai kerana bercanggah dengan perlembagaan dengan memberi contoh situasi pengundi tidak mahu ibu jarinya dicalit dengan dakwat.

Bagaimanapun, jawapan itu mendapat tentangan daripada Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) yang menyifatkan ia masalah peraturan yang boleh diselesaikan sebelum hari mengundi.

"Alasan mengenai perlembagaan itu kurang tepat. Kalau itulah yang menjadi isunya pada pilihan raya yang lepas, saya kira kita mempunyai masa yang cukup untuk meminda peraturan dalam pilihan raya itu sendiri.

"Tapi kita tidak membuat usaha ke arah itu. Mungkin tidak ada political will dan perjumpaan kita dengan SPR pun, SPR kata ini adalah keputusan kabinet, ini adalah keputusan kabinet," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, SPR menerima tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) agar dakwat kekal digunakan namun keputusan itu ditarik balik beberapa hari sebelum mengundi atas arahan kerajaan.

Siti Mariah juga menyanggah jawapan Nazri bahawa tidak berlaku pengundian dua kali dan mendakwa terdapat pendatang asing menerima kad pengenalan meskipun tidak layak.

"Saya nak bangkitkan mengenai tidak ada pengundian dua kali. Mungkin kalau saya bawa perkara ini Menteri kata tuduhan tapi kita sudah banyak kali mendengar bagaimana di Sabah kad pengenalan diberikan kepada pendatang tanpa izin.

"Pengeluaran kad pengenalan ini menjadi perbualan malah di kalangan kakitangan kerajaan di jabatan Pendaftaran Negara sendiri mengatakan kad pengenalan mudah diberikan kepada rakyat termasuk pendatang tanpa izin yang dah lama beerada di sini untuk menjadi pengundi. Ini utuk kepentingan politik BN," dakwanya.

Tambahnya, tidak mungkin mereka yang menerima kad pengenalan secara tidak sah akan mengaku mengenai perkara itu.

"Menteri mungkin suruh saya bawa saksi. Tapi mana ada orang yang dapat kad pengenalan, yang tak sepatutnya dia dapat akan mengaku bahawa dia mendapat kad pengenalan.

"Inilah kebimbangan kita, JPN akan keluarkan kad pengenalan kepada orang yang tak sepatutnya sehingga ada yang mempunyai kad pengenanalan lebih daripada satu, boleh pergi ke dua tiga pusat pengundian,"katanya.

Nazri juga memberitahu, sistem pengundian automatik juga tidak akan dilakukan atas alasan sebahagian besar rakyat tidak tinggal di alamat seperti yang didaftar dalam kad pengenalan.
Lepas baca berita ni, serta merta gua teringat sejarah yang berlaku hampir 4 tahun dulu.

Tarikh: 10hb. November, 2007
Hari: Sabtu
Event: Perhimpunan BERSIH

Masa tu gua belum pakai kamera lagi...

Baik... Oleh kerana wakil ataupun jurucakap KERAjaan dah keluarkan kenyataan dalam Parlimen sedemikian, semangat gua untuk menyemarakkan 1 Demonstrasi seumpama Demonstrasi BERSIH 2007 naik meruap-ruap.

Setakat ni kita dah ada BERSIH 2.0 yang pada ketika ini sekadar bergerak ke seluruh Negara Malaysia melalui siri penerangan dan juga program-program kesedaran akan kepentingan perlunya diadakan Pilihanraya yang Bersih & Adil di Malaysia.

Bab menaikkan gelombang rakyat setakat ni memang ada tapi dipihak Urusetia BERSIH2.0 nampak tak berapa bersungguh. kalau tak salah gua, ada dikeluarkan kenyataan dan dalam kenyataan tersebut, jangkaan awal untuk Perhimpunan BERSIH 2.0 ialah pada hari sabtu pada bulan Jun 2011.

Dalam kenyataan itu juga disebut bahawa "Perhimpunan BERSIH 2.0 akan diadakan pada bulan Jun 2011 sekiranya menjelang 1 Mei 2011 ini kerajaan masih gagal untuk meyakinkan rakyat dengan satu komitmen untuk memastikan sistem pengendalian demokrasi negara benar-benar dipulihkan serta bebas dari sebarang ruang manipulasi serta kepincangan

Pada hemat gua, kenyataan yang menyebut "sekiranya menjelang 1 Mei 2011 ini kerajaan masih gagal untuk meyakinkan rakyat bla bla bla bla bla" sudah tidak terpakai apabila Menteri telah mengeluarkan kenyataan seperti diatas.

Masa untuk berkempen agar matlamat Perhimpunan 500,000 BERSIH 2.0, 2011 tercapai WAJIB dimulakan dari saat ini..!

Gua harap para Blogger, Twitter, Facebooker & lain-lain rakan-rakan yang cintakan Negara Malaysia & mahukan 1 Pilihanraya yang Bersih & Adil dapat bersama mengembleng tenaga membangkitkan kesedaran kepada semua rakyat Negara Malaysia mulai saat anda membaca artikel ini.

Mulai hari ini, kita akan menggerakkan kesedaran dengan meluaskan apa-apa sahaja maklumat berkaitan dengan Kesedaran betapa perlunya diadakan bukan 1, tapi sebuah Pilihanraya yang Bersih & Adil setiap kali ianya diadakan kepada semua rakyat Malaysia.

Keutamaannya ialah dengan menyebarkan Tuntutan Utama BERSIH 2.0 iaitu:
-Penggunaan Dakwat Kekal kepada pengundi
-Pembersihan daftar Pemilih
-Pemansuhan Undi POS
-Kebebasan media
Bro... sampai bila kita nak biarkan Negara kita kena jual dek setan-setan & iblis-iblis yang hanya pentingkan poket..? sampai kita sendiri pun kena jual..?

Masa untuk bangun beb... Hari dah siang...!!!