"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, September 09, 2010

600.000 Perantau Anak Kelantan Pulang "Mencuci"...

Beb... 1 hal yang aku sangat-sangat seronok dan suka bila sampai 1 Syawal selain dari hari lebaran atau hari kemenangan umat Islam melawan nafsu ialah waktu ini juga anak-anak perantau warga Kelantan dan lain-lain negeri yang celik informasi kembali memenuhi ceruk-ceruk kampung halaman masing-masing.

Apa yang seronoknya ialah bila sampai masa cuti panjang, semua "informasi bergerak" ni akan bekerja dengan cara yang sangat efektif sekali dan inilah mimpi ngeri KERAjaan UMNO/BN setiap tahun semenjak bermulanya era Reformasi 1998.

Tiap-tiap hari media perdana menjalankan agenda memperbodohkan rakyat malaysia dengan menyalurkan pelbagai berita-berita bohong dan palsu termasuk yang diputar belit sebaik mungkin untuk "survival" KERAjaan UMNO/BN dan setiap tahun pada bulan Syawal, Allah memberikan seluas-luasnya peluang kepada kebenaran untuk bersinar di bumi milik-Nya.

Anak-anak muda para perantau tak kan pulang dengan dada yang kosong. banyak informasi yang selama ni tak pernah sampai ke kampung-kampung akan mula berpindah macam air sungai dari mulut ke mulut. bermula dari rumah, kedai-kedai kopi, warung-warung dan banyak lagi tempat tumpuan.

Orang-orang kampung, felda-felda dan kawasan-kawasan pedalaman akhirnya akan tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam dunia politik Malaysia yang sekian lama dikotori oleh tangan-tangan jahat pemerintah berlambang dacing.

Anak-anak muda yang bekerja di Pulau Pinang lebih tahu apa yang berlaku dan corak pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang... yang merantau di Selangor lebih faham permainan politik jahat pembangkang di Selangor dan yang merantau di lain-lain negeri pun mengalami pengalaman yang sama.

Pakcik-pakcik dikampung-kampung akan di"basuh" pemikiran mereka dengan berbagai informasi yang lebih tepat. aku rasa watak yang paling menonjol sepanjang musim Aidilfitri ialah watak Lawyer MACC...


Semalam aku sempat lepak dekat rumah member aku dekat sebuah kampung dipinggir bandar Kota Bharu... sempat tengok pakcik-pakcik seramai lebih kurang 15 orang... pakat-pakat dok kerumun sebijik laptop dekat serambi rumah member aku...

Korang tau apa yang diorang dok layan..? Youtube beb... Youtube... rakaman Enkues TBH...walaupun rakaman tu singkat, tapi sangat menarik... aku suka respon pakcik-pakcik tu lepas tengok Lawyer MACC buat demo cara-cara bunuh diri dengan cara mencekik diri sendiri...

Sambil kerut-kerut kening pakcik tu cakap - menate loyar gilo..!

Dengan selambanya member aku jawab balik - loyar tu tok gilo Pok Jak, menate KERAjae hok gilo sebab ambik loyar gilo..! hahaha...

Pakcik-pakcik yang selama ni dok tengok TV gomen tanya balik - bakpo video ni tok masuk TV..? member aku jawab - sajo sebab nok wi Pok Jak bodo sokmo..!

Pok Jak jawab balik - KERAjae babi...

Erm... nampak gayanya susah betul UMNO/BN nak survive PRU-13 nanti...

Wednesday, September 08, 2010

Dinar & Dirham, Dengki & Dendam, Berkat Ramadhan...

12hb. Ogos, 2010 bersamaan dengan 2hb. Ramadhan, 1431 Kelantan dengan rasminya telah melancarkan Matawang Syariah Dinar & Dirham Kelantan.

Tak sampai 24 jam selepas Matawang Syariah Dinar & Dirham Kelantan dirasmikan, pelbagai pihak terutamanya dari KERAjaan Pusat telah mengecam tindakan Kerajaan Negeri Kelantan.

Ada jugak suara-suara sumbang yang membayangkan bahawa para peniaga dan juga rakyat Kelantan yang menggunapakai Matawang Dinar & Dirham akan mengalami pelbagai kesulitan dan kerugian dengan alasan-alasan yang bodoh.

Ketika Matawang Dinar dilancarkan awal Ramadhan lalu, nilainya ialah RM589 bagi 1 Dinar & RM13 bagi 1 Dirham. hari ini tak sampai sebulan selepas kedua-dua Matawang Syariah tersebut dilancarkan, harga kedua-dua Matawang tersebut telah berubah.

Harga Dinar telah melonjak naik sebanyak RM599 bagi 1 Dinar manakala harga bagi Dirham pula meningkat sebanyak RM1 menjadikannya RM14 bagi 1 Dirham.

Malas nak ulas banyak-banyak sebab aku tau korang semua cerdik pandai kecuali puaka-puaka UMNO/BN. yang aku tau, pembeli-pembeli Dinar & Dirham dah menikmati keuntungan yang agak besar dalam masa tak sampai sebulan...

Eh... kalau awal bulan haritu korang simpan duit dalam bank RM589, berapa keuntungan yang korang dapat sekarang..?

1 sen..? hahaha...!!! Tok Pa bodoh, Awang Adek Bingai, PM Najib Bongok, UMNO selama-lamanya Bangang...

Kepimpinan berlandaskan Islam tetap no 1...!!! Allahu Akbar...!!!

Penyakit Hati Punca Enggan Bayar Royalti Minyak Kelantan

Penyakit hati – iri hati, dengki, khianat, dendam, sombong, angkuh, tamak, adu dumba, fitnah dan lain-lain – menjadi punca manusia rosak akhlak dan tingkah laku buruk hingga menjadi buta dari melihat kebenaran dan keadilan. Sebaliknya sifat mazmumah (keji) ini akan mendorong manusia melakukan kejahatan, kezaliman, penindasan, kemaksiatan hingga sanggup merampas hak orang lain.

Kengganan kerajaan pusat membayar royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan adalah berpunca dari para pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) yang mempunyai penyakit hati ini. Dendam kesumat dan iri hati terhadap rakyat Kelantan yang mengundi pembangkang sejak 20 tahun lalu.

Walaupun negara telah melalui empat lima pilihan raya umum namun percubaan kerajaan Umno-BN untuk merampas semula negeri Cik Siti Wan Kembang itu gagal. Maka ditaburkan berbagai fitnah dan dilakukan pelbagai kejahatan dan kemuncaknya menafikan rakyat Kelantan dari menerima wang royalti minyak.

Ekoran dari kezaliman Umno-BN ini maka negeri Kelantan di bawah kepimpinan Menteri Besar Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat telah memfailkan saman terhadap Petronas – di mana pemegang sahamnya adalah kerajaan persekutuan – di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu.

Kerajaan negeri bertindak demikian terhadap Petronas akibat melanggar Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 kerana tidak membayar royalti, hasil dari minyak dan gas di perairannya dan di kawasan laut yang bertindih di antara Kelantan-Thailand, Kelantan-Vietnam dan Kelantan-Terengganu.

"Kita akan tuntut wang royalti ini sehingga dapat," kata Tok Guru, menambah, "sekiranya gagal kita akan tuntut di akhirat. Lebih baik dia bagi semasa di dunia ini."

Kelantan tuntut RM800 juta setahun

Tuntutan royalti minyak oleh Kelantan dianggarkan bernilai RM800 juta setahun sejak 2005 dan jika dicampur jumlah itu sehingga tahun ini maka jumlahnya ialah sebanyak RM4.8 bilion.

Tidak diketahui kenapa Tok Guru memilih bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan ini untuk memfailkan saman dan sejurus selepas itu, beliau dan rombongannya bergegas ke masjid yang berdekatan, Masjid Jalan Duta, untuk menunaikan solat hajat.

Barangkali mesej yang hendak disampaikan oleh Tok Guru ialah "di hari baik dan bulan baik ini, hentikanlah dari melakukan kezaliman. Berilah hak kami!" Tetapi tindakan beliau ini dapat dikiaskan dengan unsur-unsur kehidupan di akhirat apabila beliau bercakap kepada para wartawan.

Kata Tok Guru, "jika mereka masih menafikan hak rakyat Kelantan maka di akhirat nanti, mereka akan menerima padahnya. Pahala ibadat mereka akan diberi kepada orang-orang yang dizalimi. Jika pahala mereka habis maka dosa orang-orang yang dizalimi akan dilambakkan ke atas kepala orang-orang yang melakukan kezaliman."

Dendam kesumat Umno-BN

Apa yang alami oleh rakyat Kelantan ialah akibat dendam kesumat ekoran dari pemikiran politik sempit bagi menyeksa rakyat negeri itu kerana terus menerus menolak Umno-BN. Mereka tidak ada cara lain lagi melainkan dengan menafikan rakyat Kelantan dari mendapat pembangunan dan bantuan kewangan.

Sifat yang buruk dan keji ini, jika kita teliti adalah tidak menghairankan kerana sebuah lagi negeri, Terengganu, juga dinafikan hak royalti minyak, walaupun diperintah oleh mereka sendiri. Menteri Besarnya Ahmad Said terpaksa membawa kes ini ke mahkamah dan berita terbaru menurut beliau, kerajaan persekutuan akan mula membayar royalti minyak (bukan wang ehsan) sebanyak RM1.6 bilion setahun mulai 2011, seperti laporan Bernama pada 28 Ogos lalu.

Perkembangan ini adalah hasil dari janji bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengembalikan wang royalti kepada kerajaan negeri Terengganu pada Jun 2008. Rundingan di antara Petronas dan kerajaan persekutuan bermula pada September tahun yang sama.

Pendirian Ahmad Said adalah jelas. Beliau berkata, "kerajaan negeri tidak akan menandatangani sebarang perjanjian atau menggugurkan tuntutan mereka melalui mahkamah sehingga mereka berpuas hati bahawa semua hak dan kepentingan rakyat Terengganu berhubung royalti minyak disebut dengan jelas dalam perjanjian. Kerajaan persekutuan mesti mengembalikan hak ini kepada rakyat Terengganu berdasarkan perjanjian asal."

Apakah alasan mereka kali ini untuk memberi royalti minyak kepada Terengganu sedangkan kepada Kelantan tidak? Kalau dahulu, alasan yang diberi ialah kerajaan-kerajaan negeri tidak berhak mendapat royalti minyak sekiranya minyak dan gas ditemui lebih dari 3 batu nautikal dari pesisir pantai.

Mereka sanggup mereka cipta berbagai alasan hingga memuatkan alasan-alasan itu di dada-dada akhbar media arus perdana semata-mata untuk membohongi rakyat dengan menafikan hak rakyat Kelantan sedangkan perjanjian telah dimeterai di antara kerajaan-kerajaan negeri (termasuk Sabah dan Sarawak) sejak PDA di wujudkan lagi.

Survival politik

Sebenarnya, krisis royalti minyak ini dapat diselesaikan tanpa diseret ke mahkamah sekiranya para pemimpin pusat mahu mengadakan rundingan dan mempunyai niat yang ikhlas untuk sama-sama mengecap kekayaan negara, demi kesejahteraan rakyat, dan bukan tertumpu untuk mengaut keuntungan peribadi dan mementingkan survival politik mereka sahaja.

Bekas menteri kewangan berdarah raja, Tengku Razaleigh Hamzah, yang diamanahkan oleh perdana menteri ketiga, Tun Abdul Razak Hussein, untuk menggubal dan menandatangani perjanjian di antara kerajaan-kerajaan negeri dengan Petronas berkata, "kalau saya masih Pengerusi Petronas, saya akan bayar wang royalti…….tidak perlu kecuh-kecuh."

Jadi, keengganan kerajaan persekutuan membayar royalti minyak ini sebenarnya tidak bersandarkan kepada alasan yang kukuh melainkan kerana mempunyai sifat-sifat buruk dan keji yang disebutkan tadi hingga mendorong mereka melakukan penindasan dan kekejaman.

Orang yang biasa hidup senang dan mewah sepanjang hayatnya biasanya tidak akan merasa keperitan hidup orang-orang susah dan miskin. Sebab itu Allah SWT mewajibkan umat Islam menjalani ibadah puasa dengan menahan diri dari lapar dan dahaga di siang hari supaya dapat mendidik akhlak yang terpuji.

Ibadah puasa juga bertujuan untuk menghakis sifat-sifat keji tadi – iri hati, dengki, dendam, khianat, sombong, angkuh, tamak, adu dumba, fitnah dan lain-lain – agar sesuatu permasalahan itu dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan mudah.

Jika tidak, ibadah kita (sebulan berpuasa) menjadi sia-sia!


Sumber - Free Malaysia Today

Tuesday, September 07, 2010

Puaka... Yang Ni UMNO Tak Bising Pulak..?

Apasal puaka-puaka UMNO tak bising pasal ni..? takut dekat puaka dekat atas ke..? bila bukan Islam masuk mesjid tak tutup aurat (bukan Islam ada aurat ke..?) UMNO kecoh 1Malaysia, bila orang Islam sendiri hina Islam, baca kitab suci Al-Qur'an tanpa tutup aurat korang tak nak bising pulak..?

Makin lama makin jelas kesetanan UMNO ni... beragama Islam, tapi menghina agama sendiri... ni lagi teruk dari setan...

Campurtangan KDN - Musa Hassan

Tan Sri Musa Hassan mengakui luahannya berhubung campur tangan pihak ketiga dalam tugasnya sebagai Ketua Polis Negara (KPN) sebelum ini, adalah merujuk kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Beliau berkata, campur tangan itu yang melibatkan tindakan mengeluarkan sesuatu arahan tanpa pengetahuannya dan tidak selari dengan arahan dan kawalannya sebagai KPN.

"Saya tidak mahu ada pihak beri arahan salah. Arahan mesti dari polis, bukan dari orang luar.

"Malah, ada pegawai-pegawai saya yang dikawal. Tindakan sedemikian salah dan ianya terbukti membelakangkan undang-undang," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Ditanya lebih lanjut tentang campur tangan itu, Musa memberitahu, sesetengah individu mempunyai kepentingan peribadi, politik dan agenda sendiri.

Katanya lagi, pihak polis menjalankan tugas selepas mendapat laporan atau aduan orang ramai dan sekiranya wujud campur tangan sedemikian sehingga menganggu siasatan, pihak polis pula yang dipersalahkan.

"Bila polis tidak dapat menjalankan tugas, orang ramai akan tuduh polis terima rasuah. tetapi pada hakikatnya, ada arahan pihak lain tanpa pengetahuan polis," katanya.

Menjawab satu soalan, beliau sentiasa bersikap terbuka dan berterus terang selagi percaya tindakannya itu di jalan yang betul.

"Saya hanya luahkan perkara yang betul supaya semua pihak sedar tindakan campur tangan itu boleh menjejaskan siasatan.

"Saya sentiasa mengingatkan bakal KPN akan datang supaya menjadi pemimpin yang baik dan jangan biarkan sesiapa mempengaruhinya melakukan perkara melanggar undang-undang dan berhati-hati kerana banyak kritikan perlu dihadapi.

"Jika kita komited, ikhlas dan jalankan tugas untuk Allah, kita tidak akan kecewa," katanya lagi.

Dalam pada itu, Musa turut memberitahu, beliau hanya mengetahui tempoh tamat kontraknya selepas diumumkan melalui satu sidang akhbar dan bukannya dimaklumkan terus kepadanya.

"Saya tidak dimaklumkan apa-apa berhubung penamatan kontrak saya ini dan mengetahuinya selepas satu kenyataan akhbar," katanya.

Musa dalam satu wawancara Mingguan Malaysia Mac lalu mendedahkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sering menerima tekanan sama ada daripada pihak politik atau orang-orang tertentu.

Menurutnya, mereka cuba memberi tekanan, mungkin kerana kurang selesa dengan tindakan yang beliau arahkan.

Musa dalam wawancara itu menegaskan bahawa hanya KPN yang boleh memberi arahan berdasarkan Seksyen 4 Akta Polis 1957.


TPU - Aik..? bila kontrak ditamatkan dengan cara yang tak bermaruah, di"anjing'kan begitu je baru nak cerita benda macam ni..? dulu masa pegang jawatan penting kenapa tak pernah ambik tindakan..?

Sudah-sudahlah "X" KPN... dah terlambat rasanya untuk buat kenyataan nak bersihkan nama... banyak sangat dah kerosakan yang ngko dah buat masa ngko pegang jawatan... dulu ngko jadi balaci dok pikul tilam naik turun mahkamah... habuannya ialah jawatan tertinggi yang ngko pegang sebelum ngko pencen...

Lu pun sama... tukang bagi arahan tu dah memang setan, ngko yang tukang terima dan ikut arahan setan tu pulak macam mana..? dari awal dulu pun ngko dah subahat kan..?

Blah la lu... gaji yang ngko terima selama ni belum tentu dihalalkan dek rakyat...

Monday, September 06, 2010

Kerajaan Pusat Perlu Hormati Proses Undang-Undang - Husam Musa

Saya merujuk kepada kenyataan YB Datuk Dr. Awang Adek dalam Sinar Harian hari ini, 5 September 2010.

Pembahagian wang ihsan dari perolehan wang petroleum dari perairan Kelantan dari mula lagi tidak mengikut mana-mana peruntukan undang-undang. Ia adalah satu langkah politik murahan untuk menghalang pembayaran wang royalti yang terhak kepada negeri Kelantan seperti kehendak Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian penyerahan hak petroleum Negeri Kelantan kepada Petronas 1975.

Pembayaran wang ihsan membelakangkan kehendak perjanjian dan peruntukan undang-undang berkaitan. Kerajaan Pusat tidak berhak mengikut undang-undang membahagikan bahagian pembayaran royalti untuk Negeri Kelantan mengikut saluran dan kehendak mereka seperti yang dilakukan sekarang. Haram hukumnya berihsan dengan wang orang lain.

Amalan seperti itu boleh menimbulkan berbagai salah guna kuasa dan penyelewengan seperti berikut;

a. Melalui amalan pembahagian wang ihsan, tidak ada siapa boleh mengesahkan berapakah jumlah sebenar wang yang patut dibayar. Adakah jumlahnya sebegitu kecil sedangkan pengeluaran petroleum yang melibatkan perairan Kelantan adalah amat besar. Jumlahnya bukan jutaan seperti yang diagihkan atas nama wang ihsan tetapi ribuan juta setiap tahun.

Melalui pembayaran wang royalti, Kerajaan Negeri boleh menuntut angka pengeluaran sebenar dan jumlah yang terhak untuk rakyat Kelantan yang sudah tentu jauh lebih besar dari apa yang diagihkan sekarang. Kerajaan Negeri berhak mengodit dan mengetahui jumlahnya sebenar.

Rakyat Kelantan tidak harus tertipu dengan jumlah sebenar yang layak dan terhak untuk mereka melalui amalan 'wang ihsan'.

b. Mengapa selama ini wang ihsan tidak diagihkan? Hanya selepas Kerajaan Negeri menyuarakan tuntutan ini, Kerajaan Pusat memulakan pengagihan ini.

Di mana wang yang diterima sebelum ini dibelanjakan? Siapa yang mendapat faedah darinya?

Kenapa Datuk Dr. Awang Adek tidak mengambil inisiatif membahagikannya sebelum kami menuntut? Adakah ini bukan politik? Adakah ini telus?

Jika Kerajaan Negeri tidak menuntut, maka wang minyak itu lesap entah ke mana sampai hari ini? Nasib baik kita menuntut, tumpah juga kuah walaupun dicebuk dari khazanah kita sendiri.

c. Siapa yang menentukan penerima adalah layak dan tanpa prejudis politik?

Jika Kerajaan Pusat ikhlas, mereka boleh menyalurkan wang itu kepada Perbendaharaan Negeri seperti kehendak undang-undang dan jika Kerajaan Pusat bermatlamatkan untuk menyampaikan kepada mana-mana golongan, ia sudah tentu boleh dirundingkan dengan Kerajaan Negeri. Itu cara orang ikhlas.

Kembali kita pada tajuk asal iaitu sama ada Kerajaan Pusat perlu menangguhkan pembahagian wang ihsan itu sehingga tuntutan Kerajaan Negeri ditentukan oleh Mahkamah atau tidak, saya berpendapat itulah cara yang bersopan dan menghormati proses Mahkamah.

Wang yang diagihkan, seperti kata PM di Parlimen, adalah dari kawasan pengeluaran petroleum Blok PM 301. Ia ikut terlibat dalam tuntutan saman oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Jika Kerajaan Negeri menang, bermakna Kerajaan Pusat perlu menggantikan semula wang itu.

Jika Kerajaan Pusat begitu baik hati dan ingin terus membantu rakyat, gunalah wang lain dahulu sementara kes ini selesai. Gunalah sedikit sebanyak kedudukan di Kementerian Kewangan untuk jumlah sekecil itu.

Akhirnya, jika Kerajaan Negeri Kelantan terpaksa memfailkan permohonan tahanan sementara terhadap aktiviti itu, ia hanya bermakna Kerajaan Negeri mengambil langkah menyempurnakan proses Mahkamah bagi mempastikan kedudukan sebenar isu ini dapat ditentukan.

Insya Allah, jika Kerajaan Negeri berjaya dalam tuntutan ini, Kerajaan Negeri boleh meneruskan pembahagian wang ihsan tersebut dan mungkin jumlahnya adalah jauh lebih besar dari langkah bidan terjun dan tempias yang dilakukan sekarang.

Sama kita doakan kejayaan tuntutan ini supaya hak yang terhak dengan jumlah yang begitu besar akhirnya dapat dinikmati secara sah dan halal oleh semua rakyat Kelantan, lambat atau bangat.

Sekian , terima kasih
Husam Musa

Biar rakyat menilai (sinar harian 5 sept 2010)

KOTA BHARU- Kerajaan Pusat tetap meneruskan pemberian wang ihsan kepada rakyat di Kelantan selagi mahkamah belum membuat sebarang keputusan, kata Menteri Kewangan II, Senator Dr Awang Adek Hussein.

Menurutnya, Kerajaan Kelantan berhak membawa kes bagi menangguhkan pembayaran wang ihsan itu ke mahkamah .

“Itu hak di:a, sementara itu kita teruskan jalankan pembahagian wang ihsan sehingga ada keputusan mahkamah dibuat, sebarang keputusan kita akan hormatinya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan zakat di Parlimen Pengkalan Chepa, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Kerajaan Negeri mahu memfailkan satu lagi tuntutan untuk menghentikan penyaluran wang ihsan oleh Kerajaan Pusat sehingga kes saman terhadap Petronas selesai.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa dilaporkan sebagai berkata, tindakan tersebut perlu kerana kes tersebut mempunyai kaitan dengan saman yang dibuat terhadap Petronas, sebelum ini.

Awang Adek yang juga Pengerusi Jawatankuasa Wang Ihsan berkata, rakyat boleh menilai Kerajaan Negeri yang sanggup mengambil tindakan undang-undang walaupun wang berkenaan tidak digunakan untuk kepentingan kerajaan sebaliknya diserahkan kepada rakyat.

“Selama ini rakyat gembira, kalau Kerajaan Negeri cuba mengambil balik atau menghalang pemberian ini, rakyat boleh menilai atau Kerajaan Negeri mempunyai kepentingan politik, terserah kepada rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Awang Adek berkata, Pas juga menggunakan isu hudud untuk kepentingan politik sedangkan pemimpin mereka mengakui bahawa hukuman itu tidak dapat dilaksanakan, malah ditentang oleh rakan sendiri.

“Bila berhadapan dengan rakyat, Pas menjanjikan hudud, tetapi bila bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat(PKR), mereka akui tidak dapat melaksanakan hukuman itu, mereka hanya bersandiwara dan (Exco Kerajaan Negeri) Datuk Mohd Amar telah menjelaskan perkara itu dengan realitinya,” katanya.

Sunday, September 05, 2010

Pahang Negeri Kelahiran PM...

Seorang ibu tunggal yang mempunyai anak kurang upaya (OKU) merayu bantuan mana-mana pihak bagi membolehkan mereka menyambut lebaran bakal menjelang dengan lebih ceria berikutan tidak mempunyai pendapatan tetap malah hidup dalam kedaifan.

Siti Zawiyah Ali, 40, yang tidak bekerja berkata, dia menjadi ibu tunggal sejak tiga tahun lalu selepas diceraikan suaminya dan terpaksa menanggung tiga anaknya yang masih bersekolah termasuk seorang OKU.

Beliau berkata, dia dan anak-anaknya tidak mampu membeli pakaian raya kerana tiada wang malah kehidupannya kini hanya mengharapkan sumbangan orang ramai selain menerima bantuan beras daripada pihak masjid.

“Saya sebelum ini menolong kakak berniaga nasi lemak di Masjid India dengan pendapatan RM19 sehari tetapi terpaksa berhenti berniaga buat sementara berikutan kedatangan Ramadan. Ada kalanya saya anak beranak terpaksa mengikat perut kerana tiada wang untuk membeli makanan sebagai juadah berbuka puasa,” katanya ketika ditemui.

Zawiyah yang berasal dari Pahang terpaksa memberikan perhatian kepada anak OKUnya yang tidak dapat menguruskan diri sendiri menyebabkan masanya terbatas untuk mencari pekerjaan.

Dia yang tinggal di rumah setinggan di Gombak berharap ada pihak sudi membantunya untuk membelikan baju raya buat anak-anaknya.

Individu atau syarikat yang ingin membantu Zawiyah bolehlah menghubunginya di talian 019-2182516 atau ke alamat No 847, Batu 4 3/4, Jalan Gombak, 53100, Selayang.

Sumber - myMetro

TPU - Bangganya aku jadi anak jati Kelantan Negeri yang miskin tapi jadi mangsa rompakan KERAjaan Pusat...

Selama aku merantau dulu, selalu aku jumpa anak-anak jati Kelantan yang ikut merantau mencari rezeki di Negeri lain, tapi tak pernah pulak aku jumpa anak jati Kelantan yang merantau hidupnya merempat macam kisah anak jati Pahang Negeri Kelahiran PM Malaysia ni...

Anak Jati Kelantan merantau, setahun sekali pulang bawak macam-macam kemewahan untuk keluarga di Kelantan, anak jati negeri lain..?

Terengganu Negeri Yang Kaya... Kelantan Negeri Yang "Miskin"...

“Menyambut Aidilfitri dengan meriah memang tidak pernah terlintas di fikiran kerana setiap saat, saya hanya memikirkan kemungkinan dihalau dari pondok yang dibina di atas tanah tumpangan ini,” kata Mohd Riffin Hassan, 47, dari Pengkalan Maras, Mengabang Telipot, di sini.

Menurutnya, pendapatan sebagai pemandu bot penambang sebanyak RM16 hingga RM18 sehari tidak mampu menampung perbelanjaan isteri dan enam anaknya berusia enam bulan hingga 18 tahun yang masih di bawah tanggungannya.

Katanya, lebih memeritkan mereka sekeluarga, rumah yang dibina di atas tanah milik orang sejak 20 tahun lalu, berukuran lapan meter panjang dan enam meter lebar itu tidak mempunyai tandas dan bilik tidur.

“Sekiranya ingin membuang air, anak lelaki akan ke masjid berhampiran atau ke tepi pantai manakala bagi wanita, mereka ke rumah saudara atau jiran berdekatan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Mohd Riffin berkata, lebih menggusarkannya apabila dia tiga kali dimaklumkan oleh tuan tanah supaya keluar dari tanah tumpangan berkenaan.

Malah katanya, untuk mendapatkan bekalan elektrik, dia terpaksa menyambung punca bekalan itu daripada rumah kakak iparnya yang terletak di hadapan pondoknya dan berkongsi membayar bil.

Katanya, telur dan nasi juadah utama mereka sekeluarga berbuka puasa, namun mujur anak-anaknya memahami kesempitan hidup serta pendapatannya yang tidak seberapa sebagai pemandu bot penambang.

Mohd Riffin berkata, Aidilfitri tidak ubah seperti hari-hari biasa kerana dia sendiri tidak mampu melakukan persiapan untuk menyambutnya kerana kesempitan hidup meskipun mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyrakat RM400 sebulan dan sekiranya ada sedikit lebihan wang pun, ia akan digunakan untuk perbelanjaan keluarga.

“Bagi anak-anak saya yang kecil, ibu saudara mereka ada membelikan mereka baju raya berikutan saya tidak mampu membelikan untuk semua anak-anak saya,” katanya.

Menurut Riffin, isterinya Che Kembang Mamat, 37, seorang suri rumah dan selain menyara enam anak, dia turut menyara seorang adik isterinya yang bisu.

Sumber - myMetro

TPU - Terengganu..?

Terengganu Negeri yang kaya dengan hasil Minyak dan Gas tapi rakyatnya miskin...

Kelantan Negeri yang "miskin" tetapi rakyatnya Kaya... yang aku heran, KERAjaan Pusat yang dok war-warkan Kelantan "Negeri yang miskin" selama beberapa tahun ni kerjanya hanya merompak hasil Minyak dan Gas Negeri Kelantan yang miskin...

Kes pertama di Malaysia dan mungkin jugak di dunia - SiKaya merompak SiMiskin...

Tuesday, August 31, 2010

53 Tahun Kemerdekaan: Projek Buang Anak Mei & Jun 2011

Awal subuh 30hb. Ogos, 2010 aku sampai Kolumpo dengan geng-geng Pemuda PAS... lama jugak tak turun Kolumpo sejak rasa seronok dok di Kelantan. beza duduk di Kelantan dengan Kolumpo sangat-sangat jauh. aku tak yah dok pikir pasal Tol, aku tak yah nak pikir pasal bayaran parking yang kadang-kadang lagi mahal dari minyak kereta dan aku tak yah dok pikir pasal jalan jem.

Selesai...

Pagi tadi selamat sessi Kerajaan Kelantan fail saman terhadap Petronas. Amin...

Subuh 31hb. Ogos, 2010 lebih kurang jam 4:00 pagi, aku dengan 2 orang member meronda keliling Kolumpo. jalan jem, mat rempit dok merempit, mat kereta dok gulung jalan dekat semua lampu isyarat. Mat Saleh ternganga tengok orang Malaysia sambut Hari Kemerdekaan ke 53 macam kera.

Pusat Dangdut penuh, Pusat Karaoke penuh, Disco penuh, Cafe penuh yang paling best skali sebijik van Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan beberapa bijik Trak DBKL pun penuh... penuh dengan penender-penender yang berjaya dapat tender "Projek Buang Anak Mei & Jun 2011".


Korang ingat je la posting ni yang aku tagkan dengan tag - "53 Tahun Merdeka". tahun depan antara bulan Mei dengan bulan Jun, dekat dada akhbar akan penuh dengan berita-berita kes-kes buang anak.

Ingat... antara bulan Mei dengan Jun 2011, mana-mana pasangan yang dah lama dah menikah tapi belum dapat anak kena rajin-rajin jenguk tong-tong sampah, tepi-tepi parit, longkang-longkang, pintu-pinyu pagar masjid atau mana-mana tempat sunyi... tangga rumah flat tak terkecuali.

Mungkin ada rezeki korang untuk dapat anak angkat yang mak bapak dia belum bersedia untuk terima kelahirannya.

Hari baik, bulan baik... Hari kemerdekaan yang ke 53 dan juga bulan Ramadhan yang mulia tapi masih ramai lagi anak-anak muda kita yang tak reti-reti bahasa. eh... ni bukan cara yang betul untuk ambik berkat bulan Ramadhan...

Dari jam 12:30 sampai jam 4:00 pagi aku dok meronda Kolumpo, tempat lain semua penuh...


Masjid-masjid dengan Surau-Surau je kosong....

Sunday, August 29, 2010

Karnival Juara Rakyat Dalam Surau

Yang dekat bawah ni pun tak salah jugak sebab versi UMNO...

Related Posts with Thumbnails